Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Cinta ini ciptaanNya.

Dalam pentas hidupmu dan diriku, manusia datang dan pergi. Kita hidup bersama untuk beberapa ketika, dan kemudian apabila sampai suatu saat, mereka akan pergi meninggalkan kita. Namun, cinta itu yang tinggal. Apabila nilai kecintaan itu tidak didasari iman, saat masih dekat sudah rasa keberjauhan. Hilang pergi beretakan. Aku lihat dirimu begitu mencintai Allah. Tunduk penuh ketaatan. Aku terpesona. Lalu aku iltizam untuk mencintaimu kerana cintamu kepadaNya. Cinta ini, ciptaanNya. Andai cintamu padaNya sudah layu, maka ketahuilah cintaku padamu juga mulai goyah. Dan aku bersaksi cinta kita mulai pudar. Bukan kerana cintaku padaNya mulai longlai, Bukan engkau yang menjauhi tapi diriku yang mencemari. Aku juga sedar, engkau juga memerhati namun dibisukan saja, didiamkan saja. Aku juga sedar, engkau mengamati namun dibiarkan saja. Lalu aku karangkan disini agar cinta ini terus bersemi. Kerana aku yakin, kalian turut merasa. Penat sebenarnya kecewa dalam harapan, Aku silap kerana

Hamba #Part1

Beberapa hari berada di rumah. Alhamdulillah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik tik tok tik tok. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh. Dan begitulah, begitulah masa berputar dan terus berputar. Umur pun semakin meningkat. Orang kata dah boleh jadi bapak orang Ehehhh. Jatuh tangga. Hi, nama aku Azri. Boleh panggil A je kalau malas sangat. Tapi kalau terlebih rajin boleh panggil Azri Si Hensem. Okay muntahhh T.T Aku ni takdelah hensem mana tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan Incik Aaron Ajizzzz tu. Kalau part agama ni, takdelah warak mana pun tapi masih boleh la dikategorikan sebagai yang beriman antara kawan kawan. Dulu, aku selalu solat bila nak habis waktu. Banyak kerjalah menjadi alasan aku solat lewat. Tapi itu dulu, sekarang bila dah besar dah mummayiz, tahu dosa pahala, aku solat awal waktu. Siap jadi imam lagi. Tak nak masuk api neraka. Aku dulu memang sup

Mengemis Kasih #part2

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta. Lalu terheretlah aku di lorong gelisah, luka hati yang berdarah kini menjadi kian parah #NowPlaying "Assalamualaikum awak. Nama saya Rita, nama awak apa?" Aku menegur dia, seorang jiran di depan bilik. "Waalaikumussalam. Nama saya Nadia. Nadia Hana. Tapi awak boleh panggil Nadia je. Salam perkenalan." Nadia senyum sambil buat pipi gebu ! Yeay ! Aku dapat seorang kawan comel. Yeay ! Yeay ! Yeay ! Okay jangan overdose sangat eh Rita jangan eh. -------------------------------------- "Tsk.Tsk.Tsk.Tsk......" Aku menangis di tepi tasik. Menangis laju-laju. Dia mengharapkan seseorang untuk menenangkannya namun tiada siapa di situ. Terus dia menangis lagi. Hatinya tidak tenang, sayu saja petang itu. Orang yang berjogging berlalu pergi tanpa menghiraukannya. Ya, aku berada didalam duniaku sendiri ketika itu. Aku mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang tak pasti.

Mengemis Kasih #Part1

Dia, Yang lembut fitrahnya, sopan tutur kata, penuh rasa cinta untuk memberi dan merasa, namun manja dan cintanya bukan untuk semua, dalam dukanya tidak perlu ditunjuk pada siapa-siapa, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah. Aku menghembus nafas dalam-dalam sambil melihat ke luar tingkap. Entah kenapa, suasana pada pagi itu sangat lain. Bumi dibasahi hujan renyai-renyai seakan turut menangisi jiwaku. Aduhai hati, janganlah engkau berasa sedih, janganlah engkau berasa berat dengan segala masalah dunia, janganlah ! Furqan itu kukucup lalu hatiku bergetar dan terus berdenyut. Ketenangan dan penawar. Hikmah dan makna. Bukankah Al-Quran itu mukjizat teragung Nabi Muhammad dan wahyu dari Allah ? Lalu, sembuhlah duhai hati, penawar geringnya hatimu. Dengarlah aku ingin bercerita. Tapi, cerita aku bukanlah tentang gembira bagi yang tidak mengerti. --------------------------------- Oit, nama aku Rita. Haha, style kan. Bukan Rita Rudaini tapi Rita Surihani. K

Move foward.

#NowPlaying - A moment like this "There comes a time, once in a while in your life, that you are given the chance to do something that you want. Some people wait a lifetime for the moment you have right now. Some are still waiting. So, I hope you make the best out of tomorrow and the days to come in shaa Allah" - so he said (Jan20, 2013) Learning and growing ain't easy. But I'm pretty sure that I will enjoy doing it. Dalam usaha menghadapi sesi pembelajar yang baru pada sem lepas, macam macam perkara berlaku, yang manis mahupun yang pahit. Yang manisnya apabila ukhuwah bersama sama rakan semakin erat, dan yang pahitnya apabila mendapat result yang sangatlah tidak masuk akal. Baru aku percaya, bahawa kehidupan ini sememangnya penuh dengan kejutan ! Tidak semestinya kita akan senang sepanjang masa, adakalanya kita akan susah. Atau ada sesetengah orang, akan berterusan susahnya. Kenapa ? Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Jangan mengeluh wahai diri.

She is far.

Diri ini bukan apa apa dan siapa siapa. Cuma insan kecil yang sentiasa melakukan kesalahan dan memohon ampun kepada penciptaNya. Insan yang dahulu lalai dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Jika dikenang kembali pengalaman pahit masa lalu, sangat susah untuk ditempuh pada ketika itu. Allah memberi ujian yang tidak terduga, sehinggakan diri ini tidak mampu lagi berdiri menongkah arus kehidupan. Namun, alhamdulillah, Allah telah memberikan diri ini insan insan yang sangat membantu. Pelampung pelampung iman yang dilemparkan oleh sahabat telah membuatkan diri ini tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Terima kasih sahabat =') can I turn back the hands of time, friends ? Kau, kawan, sahabat dan teman - unic #np “  Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untuk

Kisah Dahlia.

Dahlia, seorang gadis yang sederhana cantik, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk dan tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo itu. Hari ini merupakan hari pertama Dahlia masuk ke universiti. Semuanya terasa indah kerana apa yang diimpikan selama ini tercapai. Kos menjadi pilihan hatinya sejak kecil telah berjaya dimiliki. Dahlia telah mengembirakan hati kedua orang tuanya, semua orang bangga dengan kejayaan Dahlia, bak kata orang berjaya sampai ke menara gading gitewwwww. Hari pertama ke kuliah, terasa sangat asing bagi Dahlia. Kawan baru, pensyarah baru, rupa dan gaya yang baru. ya, Dahlia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, lebih lebih lagi dengan sifatnya yang agak pemalu menyebabkan agak sukar untuk Dahlia rapat dengan kawan kawan yang lain baik lelaki mahupun perempuan. Tidak seperti orang lain yang mempunyai teman rapat, mempunyai

Le little fighter.

writing mood turn on. Assalamualaikum w.b.t blogger sekalian. blog dah berhabuk *tiup tiup* maaf lama tak update, sangat sibuk dengan belajar. dan exam. alhamdulillah, syukur sangat sangat dah habis exam.  tapi i'm still worried about my result. takut. saya tak hebat macam mereka semua :/ serius. rasa takut yang amat sangat. ya Allah :(  tapi, He said, " Do not fear - I am with you, All Hearing and All Seeing." SubhanaAllah.  Jangan takut wahai diri ini. Allah sentiasa bersama kita sebenarnya kan ?  samaada kita nak sedar atau tak nak sedar saja. kadang, belajar banyak mana pun. mesti terlupa balik. betul tak ? ilmu milik Allah, bila bila saja Allah boleh bagi dan ambik balik ilmu yang kita dah belajar tu. Jadi kita kena terus berdoa. Berdoa kepada pemilik ilmu. Allah. my sister said. If kamu dah berusaha yang terbaik untuk Allah, kamu takkan give up. Sebab Allah tengok pada usaha dan bukan pada hasil. Percaya pada Allah. Dia p