Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jatuh cinta.

Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang seli sahutan ayam memecah kesunyian pagi yang masih suci. Auni bingkas bangun dari kamar beradu. Melangkah pantas, menadah tangan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya masakan ada yang sudi menekan nekan kekunci pada waktu pagi begini. "Intan nak ikut Auni pergi ward kejap lagi." Ringkas. Pesanan yang datang membawa senyuman. Dari seorang sahabat yang rapat. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir. Penuh bertenaga.  Teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di ward 6a iaitu ward kanak-kanak. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Auni pada ketika itu. Kedatangan Auni disambut dengan suara tangisan dan juga gelak tawa kanak-kanak yang berada di ward itu. Perasaan Auni bercampur baur. Sedih. Gembira. Jatuh cinta juga mungkin.  Masakan tidak bahagia dan g