Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Semanis Gula

" A man plan his course, but Allah guide his step " - (Inspector Saahab, 2014) #NowPlaying   Kisah kau dan aku,  Bersusah payah meredah irama indah, Ku jatuh berkali-kali dan takku mengerti,  Perlukah aku berhenti ? Walau kau tiada lagi berjuang disisi, Jalanku takkan berubah, Takkan ku berundur,  Menangislah tapi jangan pernah mengalah. Nama aku, Haris. Hari ini, aku di dalam bilik berseorangan. Sahabat berduaku, Alif dan Arif masih belum pulang dari kampung halaman. Al maklumlah tak puas agaknya dengan cuti semester yang agak pendek. Selesai menunaikan solat dhuha, batang penyapu yang tidak berjenama terus dicapai dengan penuh tenaga dan penuh gaya untuk memulakan operasi opps sikap lapan sejajar dengan saranan pengetua kolej kediaman pertama Universiti Malaya. Himpunan debu-debu yang sudah sekian lama bermaharajalela dibeberapa kawasan yang dikenal pasti akhirnya berjaya dihapuskan. Kegiatan haram semut-semut yang mengangkut makanan yang diselud