Skip to main content

Semanis Gula

" A man plan his course, but Allah guide his step " - (Inspector Saahab, 2014)

#NowPlaying 
 Kisah kau dan aku, 
Bersusah payah meredah irama indah,
Ku jatuh berkali-kali dan takku mengerti, 
Perlukah aku berhenti ?
Walau kau tiada lagi berjuang disisi,
Jalanku takkan berubah,
Takkan ku berundur, 
Menangislah tapi jangan pernah mengalah.

Nama aku, Haris. Hari ini, aku di dalam bilik berseorangan. Sahabat berduaku, Alif dan Arif masih belum pulang dari kampung halaman. Al maklumlah tak puas agaknya dengan cuti semester yang agak pendek. Selesai menunaikan solat dhuha, batang penyapu yang tidak berjenama terus dicapai dengan penuh tenaga dan penuh gaya untuk memulakan operasi opps sikap lapan sejajar dengan saranan pengetua kolej kediaman pertama Universiti Malaya.

Himpunan debu-debu yang sudah sekian lama bermaharajalela dibeberapa kawasan yang dikenal pasti akhirnya berjaya dihapuskan. Kegiatan haram semut-semut yang mengangkut makanan yang diseludup secara senyap-senyap telah tumpas dibatang penyapu. Setelah hampir beberapa jam kemudian, akhirnya bilik kami kelihatan seperti dihuni oleh manusia yang bertamadun.

Incredible man huhhh.

Aku kembali ke katil. Sebaik meregangkan tulang belulang kaki mahupun tangan, kedengaran bunyi pop menandakan adanya gas nitrogen dalam liang-liang tulang tersebut. Kemudian pandangan aku mulai kosong. Perasaan aku bercampur baur. Aku menatap gambar yang cukup aku kenali. Aisyah. Ya, nama diberi Arifah Aisyah. Akhlaknya, secantik namanya. Aku terpesona. 

Cinta ini ciptaanNya.
Aku tidak mampu mengawalnya.
Namun, apabila nilai kecintaan itu tidak didasari iman, Punah, Hancur. Nafsu memimpin kita. Kita dibutakan.
Apabila tujuan hidup yang terpesong memandu cara hidup, maka beginilah hasilnya.

Taubat? Ya, itulah jawapannya, Allah sangat kaya dengan nikmat ampunanNya, inshaaAllah belum terlambat untuk aku berubah. Berubah dan menjadi seorang Muslim yang brutal lagi soleh *dengan penuh azam sambil menggenggam satu penumbuk*

# Ya Allah, hidupkan aku dengan iman. Ya Allah matikan aku dalam iman. Ya Allah bangkitkan aku dengan iman. Dan masukkan aku ke syurgaMu dengan iman. Amin


Jadi dari mana harusku bermula ?
Ya, Mari mulakan dengan basmallah :)


Loves,
Mojako88


Comments

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “