Skip to main content

Little Angels


“Dummm dummm....dummm dummm”

Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap. 

Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi.

Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum.
Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu. 

Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh…..

Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka mata. Perlahan-lahan aku membuka mata dan aku sangat terkejut apabila melihat sepasang mata bercahaya itu betul2 di sebelah ku. Aku menjadi kaget, tidak bergerak. Seakan-akan terkena serangan stroke! 

Tiba-tiba, makhluk itu berbunyi “purrrr purrrrr” sambil menjilat mukaku. Rupa-rupanya makhluk itu adalah kucingku, Luna. Fuhhh! Aku menarik nafas legaaaaa. Aku ingat malaikat maut yang datang singgah untuk ambik nyawa, rupanya malaikat kecil yang datang untuk kejutkan aku daripada tidur. Nak suruh aku bangun solat malam agaknya. 

Lalu, tanpa membuang masa, aku segera ke bilik air untuk berwudhu dan seterusnya menunaikan solat. Dah lama tak begini. Rasa begini. Ketenangan begini. Selalu serabut dengan masalah kerja dan dunia. Jadi aku ambik peluang ni untuk sujud lama-lama. Sujud lama-lama tanda aku ni hamba. Kadang lupa yang aku ni cuma hamba, jalan di atas bumi mendabik dada, padahal semua yang aku ada Allah yang punya. Jadi beringatlah sebelum manjadi tanah semula. 

“Meow meow” sambil Luna bergolek-golek di tikar sejadah. Macam-macam gaya dibuatnya. Setelah selesai berdoa, aku terus mengusap kepala Luna dan memberinya wetfood. Terima kasih kerana mengejutkan aku dari tidur setiap hari. Aku yang lalai sebab selalu tidur semula selepas dikejutkan oleh kucing-kucing aku dalam pelbagai cara. Rupanya Allah hadirkan kalian sebagai medium untuk aku dekatkan lagi diri kepadaNya. 







Semoga membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu Luna, Bella & Jena 🌸😘




Comments

  1. Happy Birthday intanshera. Semoga Allah selalu memberkati awak. Hoping for the best things for you. Always 🌸 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “