Skip to main content

Jatuh cinta.

Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang seli sahutan ayam memecah kesunyian pagi yang masih suci. Auni bingkas bangun dari kamar beradu.

Melangkah pantas, menadah tangan.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya masakan ada yang sudi menekan nekan kekunci pada waktu pagi begini.

"Intan nak ikut Auni pergi ward kejap lagi."

Ringkas. Pesanan yang datang membawa senyuman. Dari seorang sahabat yang rapat. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir. Penuh bertenaga. 

Teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di ward 6a iaitu ward kanak-kanak. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Auni pada ketika itu. Kedatangan Auni disambut dengan suara tangisan dan juga gelak tawa kanak-kanak yang berada di ward itu. Perasaan Auni bercampur baur. Sedih. Gembira. Jatuh cinta juga mungkin. 

Masakan tidak bahagia dan gembira apabila berada di sekeliling kanak-kanak yang masih suci tanpa dosa dan noda seperti sehelai kain putih. Masakan tidak jatuh cinta apabila melihat telatah kanak-kanak yang comel disitu. Masakan juga tidak berasa sedih apabila melihat kanak-kanak yang masih kecil sakit, tidak dapat bermain seperti kanak-kanak biasa yang lain? 


Watching toddlers playing in the ward make me smile.
They really enjoy their life despite don't now how long they will live. Keep playing kids while you still can...

Namun, itulah yang menjadi pembakar semangat Auni setiap hari. Kanak-kanak itulah yang menjadi semangat untuk Auni berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor yang berilmu yang mampu merawat dan membantu mengurangkan beban pesakitnya kelak. Impiannya ingin melihat kanak-kanak yang sakit itu membesar dengan sihat seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain. Oleh itu, usaha jangan kurang doa jangan putus. 

Manusia adalah ciptaan Allah yang paling agung, jadi persediaan untuk merawat makhluk Allah ini perlulah hebat. Ye dak? 

-----------------------------------

Setelah selesai bacaan dan mentaddabur beberapa ayat al-Quran, Anis mencapai handsetnya untuk membalas pesanan ringkas yang diterimanya tadi.

"InshaAllah, pukul 8pagi kita pergi bersama"

Beberapa minit kemudian..

"Okay yong jumpa nanti!"

Auni tersenyum sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “