Skip to main content

Hamba #Part1

Beberapa hari berada di rumah. Alhamdulillah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik tik tok tik tok. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh. Dan begitulah, begitulah masa berputar dan terus berputar. Umur pun semakin meningkat. Orang kata dah boleh jadi bapak orang Ehehhh. Jatuh tangga.

Hi, nama aku Azri. Boleh panggil A je kalau malas sangat. Tapi kalau terlebih rajin boleh panggil Azri Si Hensem. Okay muntahhh T.T Aku ni takdelah hensem mana tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan Incik Aaron Ajizzzz tu. Kalau part agama ni, takdelah warak mana pun tapi masih boleh la dikategorikan sebagai yang beriman antara kawan kawan. Dulu, aku selalu solat bila nak habis waktu. Banyak kerjalah menjadi alasan aku solat lewat. Tapi itu dulu, sekarang bila dah besar dah mummayiz, tahu dosa pahala, aku solat awal waktu. Siap jadi imam lagi. Tak nak masuk api neraka.

Aku dulu memang support gila industri tembakau negara. Gila tak support. Orang kata punca pendapatan negara yang boleh tahan besar untuk negara ialah industri tembakau lah, jadi gila tak support ? Untuk ekonomi negara Islam jugak kan, sebab tu aku support. Aku perokok tegar. Tapi aku tak merokok sesorang, aku share dengan member. Mulia kan. Tapi bila dah besar ni, dah akhil baliqh, dah tahu haram merokok dah tahu merokok boleh menyebabkan mandul, jadi aku terus stop.

Apa lagi kejahatan aku ?
Nak tahu ?
Tak payah tahu lah.
Hanya orang yang cukup mantop dan dah biasa dengan kes kes ngeri sahaja yang disarankan membaca.



--------------------------------------------------

Tapi sekarang. Semuanya jadi lain. Hairan sungguh.

Ajaib.

Sangat Ajaib.

Entah bagaimana boleh sangkut. Sangkut dengan usrah. Sangkut dengan program tarbiyah, dikelilingi ikhwah. Macam tak kena.

Siapa aku hari ini langsung tak terbayang pada tahun-tahun yang lampau. Cantik dan indah kerja tuhan ini. Perbezaan. Ketara atau tidak itu bukan isu. Tapi berbeza, dan aku dapat rasakan perbezaannya.

" Sampai bila manusia nak mendongak kepala ke langit. Like seriously, there's nothing about you which you can be proud of. Because, in fact you and I have nothing. Yep, semua milik Dia. It's a time for us to perform prayer. Sujud lama-lama tanda kita hamba Dia. Hamba yang kerdil :') " - (Ueen,2013)

Cukup sekadar di situ.

Bersambung...

Love,
Little Fighter.

Comments

Popular posts from this blog

To love and lose

To love and lose and still be kind I never thought I will fall in love with someone again. It’s so rare for me to feel attracted to someone. Yes, there are many good looking people, and I often agree they are attractive, but I never catch feelings. What really draws me in is something unique and genuine. When someone stands out for their authenticity and the way they strive for their dreams, that’s when I truly feel a spark.  When I do feel a connection, it’s a unique experience that doesn’t happen often. It’s a once-in-a-blue moon kind of thing, and when it happens, it feels truly special. Yes, I like you . I liked you long before I even realized it. But liking you doesn’t mean I want to be with you, and you shouldn’t feel bad if you don’t feel the same.  It’s not your responsibility to reciprocate my feelings. Let me feel and express my emotions honestly, and you handle yours in your own way.  After all, this will pass with time - or at least, I hope it will . 🦋 For my...

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan d...