Skip to main content

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia” 

Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu. 
Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing.
Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?” 
Aku masih confused dengan apa yang terjadi, 
5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku. 
Ya, aku berdebar debar. 
Ya, aku ingin berjumpa dia.
Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun. 

Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?” 
Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa. 
Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha”
“Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula.
“ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri. 
Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu.
“ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku. 
“ Alhamdulillah, dah habis housemanship dah, sekarang tengah tunggu dapat placement sahaja, doakan ya!” jawab ku lagi.

Tiba2, seorang gadis comel sederhana tinggi berlari lari ke arahnya. Sambil nafas tercungap cungap sambil bercakap “Eh awak, maaf saya lambat, ramai pulak yang beratur tadi beli barang. Maaf ye.”
Afiq menjawab “Eh takpe, saya tunggu awak sepuluh tahun pun saya sanggup” sambil tersengih. 
Afiq terus menoleh ke arah aku dan memperkenalkan gadis comel itu kepada aku “ Oh, kenalkan ini tunang saya. InshaAllah next month kami akan berkahwin. Jemput datang ya” 
Aku tersenyum. Gembira pun ada, sedih pun ada. Tak stabil perasaan aku. 
Aku rela dan aku pasrah. Jauh waktu berjalan, dah sembilan tahun and the chair had finally been seated by someone. 
Aku masih tersenyum “alhamdulillah, I’m happy for you. InshaAllah saya datang kenduri tu nanti Afiq. Oh btw, saya nak pulangkan semula hard disk yang awak bagi, nahhh.”

Tiba2, ada suatu suara sayup2 aku dengar “ Iraaaaaa bangun” 
Aku membuka mata sambil menggosok-gosok mata yang tidak gatal. Reality atau fantasi?
“Iraaaa bangun kenapa tidur dekat meja” jerit Qila roomate aku. 
“Eh aku pengsan ke? berapa lama?” kata aku yang mula bangun dari tidur. 
“Lepas kau balik kerja terus kau tertidur dekat meja, adalah dalam 5 minit kau pengsan, kau okay tak ni? Asal mata kau merah?” Qila bertanya.
“Qila, aku jumpa...........”

Ya, 5 minit mimpi yang membuatkan aku rewind pengalaman lalu. 
Memori aku pulih dan aku masih ingat. 
Hard disk yang kau bagi, aku pulangkan semula.
Dalam hard disk ada software dengan anti virus sekali. 
Anti-virus : “Delete” semua cerita masa silam & “protect” kehidupan masa sekarang dan masa akan datang.

Ya, kau pernah tunggu, bukan tak pernah. Aku tahu.
Akulah pesalah.
Aku malu untuk membela diri.
Aku juga malu untuk meminta maaf. Rasa macam nak “puffff” and vanish dari kehidupan ini. 
Semoga Tuhan membalas yang baik2 sahaja untuk kau selepas ini.

“Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia”

Comments

  1. I love this story! You memang ada talent buat cerpen pendek. Hoping for a reply :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m