Skip to main content

Tiga pagi.


Di suatu pagi yang hening, di Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy di Planet Pluto, 
“Tet tet teettttttt” terdengar 3 buzz menandakan ada pesakit yang akan datang ke zon merah.

Untuk pengetahuan semua, di Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy, terdapat 3 zon.
Zon Hijau (tidak kritikal), Zon Kuning (separa kritikal) dan Zon Merah (kritikal). 
Kebiasaannya, pihak triager di bahagian paling hadapan jabatan kecemasan akan memberi “heads up” kepada doktor/MA/staff nurse yang bertugas di setiap zon untuk “get ready menerima pesakit” sebelum menghantar pesakit ke zon zon berkenaan. 

Zon Kuning, 2 buzz!
Zon Merah, 3 buzz!
Tanpa butang buzz tak meriahlah jabatan kecemasan. Gitu. 

Aku pada malam itu bertugas di Zon Merah bersama senior MO (Medical Officer) Dr Groot. 
Aku sebagai junior MO berdebar debar menanti kedatangan pesakit tersebut.
Aku pulak yang cemas.
Biasalah, pesakit datang pelbagai complaints sakit sana sakit sini, so we as a frontliner need to figure out what happen to the patient and paling penting kena rule out  life-threatening event dulu.

Beberapa saat kemudian, muncul seorang MA (medical assistance) di muka pintu zon merah bersama seorang pesakit perempuan dalam lingkungan belasan tahun di atas stretcher. 
Seperti biasa, MA tersebut akan menceritakan sedikit history kepada MO.

“Patient 16 year old, no know medical illness, presented with suprapubic pain, pain score 8/10. Otherwise vital sign stable, GCS full, parents dia on the way ke hospital” bersungguh MA tu bercerita sambil peluh menitis di dahi. Penat agaknya kena ambulance call, tolak pesakit guna stretcher lepastu kena bercerita pulak. Banyak tenaga habis. 

“Okay transfer patient ke katil.” tegas ku. 
Staff nurse pun mengambil vital sign pesakit.
HO (House officer) set green line dan terus mengambil darah.
IV Fentanyl 50 mg STAT given. 
IVD NS maintainance 60 cc/hour di sambungkan ke line tersebut.

“Adik sakit perut dah berapa lama?”
“Sakit sangat doktor, sakit perut baru start harini. Tapi saya nak membuang air besar pun susah dah seminggu” 
“Last period bila? Ada muntah? Perut ada nampak makin besar ke?” tanyaku lagi. 
“Baru period last week doktor, perut takde makin besar pun, doktor sakit sangat ni, tolong saya doktor”  

Dari mana harus aku bermula? Monolog aku bersendirian.
Ya, mari mulakan dengan bismillah. 
Aku terus mencapai scan machine di sebelahku.
Aku pun scan perutnya.
Pada mulanya, aku scan di bahagian “Right upper quadrant” okay cun, takde free fluid.
Kemudian aku scan pulak di bahagian “Left upper quadrant” okay area sini pun cun. 
Selepas itu, aku scan di bahagian “Suprapubic region”. 
Jeng jeng jeng! Ya, betul lah apa tekaan korang.
Aku nampak fully form fetus with fetal heart seen. 

Tanpa membuang masa, aku terus membuat “vaginal examination” 
Aku terkejut bila melihat kepala baby sudah berada di pangkal rahim. 

“Okay adik, jangan teran lagi, saya akan panggil doktor bahagian kanak-kanak dan doktor bahagian bersalin” 

HO Nebula terus menelefon doktor bahagian Paediatric untuk “Paeds standby” kerana takut baby yang dilahirkan adalah baby pra matang di mana memerlukan oxygen supplement dan kena watch out other premature complications.

HO Gamora pulak terus menelefon doktor di bahagian Obstetric and Gynaecology. 

Kes beginilah yang paling tidak disukai oleh healthcare worker, unbooked unscreened mother, tak tahu status HIV/Hep B/Hep C, semua tu risiko kepada helthcare worker yang akan menyambut kelahiran bayi tersebut serta risiko kepada ibu dan bayi itu sendiri. 

Tiba-tiba....

“Doktor saya dah tak tahan......”

Tanpa membuang masa, aku terus memakai sterile gloves dan apron.
Aku tak boleh lagi menunggu doktor bahagia Obstetrics, pesakit dah nak bersalin pada bila-bila masa sahaja.

“Okay adik, kepala tunduk ke bawah, dan teran...” sambil tangan aku “guard” di bahagian bawah.

Dengan sekali teran, alhamdulillah.

“Uweekkkkk Uweekkkkk” tangisan bayi memecah keheningan jabatan kecemasan pada pagi itu.
Seorang bayi lelaki bermata hazel seberat 3.4 kg selamat dilahirkan pada pukul 3 pagi. Allahuakhbar!
Begitu senang sekali proses bersalin adik ini. Tiada “tear” langsung. Tiada banyak pendarahan.

Bayi tersebut terus diberikan kepada doktor Paediatric untuk pemeriksaan lanjut dan pesakit tersebut diambil alih oleh doktor Obstetrics yang baru sahaja sampai.

Selepas mencuci tangan, aku terus mencari ibu bapa kepada adik tersebut.

“Puan ni ibu kepada adik Carina?”

“Ya doktor, macam mana keadaan anak saya?” dengan riak wajah yang risau.

“Alhamdulillah keadaan anak puan stabil. Adik Carina telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Sekarang ni doktor bahagian Obstetrics sedang merawat adik Carina dan bayi nya pula sedang dirawat oleh doktor bahagian kanak-kanak. Puan jangan risau ya!”  jelasku panjang
lebar.

“Astaghfirullahalazim, saya tak tahu anak saya mengandung. Anak saya tak kahwin lagi doktor.” menangisnya teresak-esak. Ibu mana yang tidak sedih dan hiba apabila mendengar berita sebegini.

“Banyakkan bersabar ya puan, benda dah jadi inshaAllah ada hikmahnya. She need your support right now.”

Beliau mengangguk lemah.

Aku pun berlalu pergi menuju ke zon merah untuk meneruskan kerja.

Sebenarnya, bukan sekali dua kes-kes begini aku jumpa di zone kecemasan tapi sudah berkali-kali.
Sampaikan sudah menjadi lali.
Sampaikan sudah tidak terkejut lagi.
Yang dahulunya kes-kes sebegini sangat asing tapi kini menjadi routine.
Di mana silapnya?
Mungkin sebab kita berada di Planet Pluto.
Nantilah aku cuba bincangkan dengan Perdana Menteri Starloard nak buat macam mana untuk kurangkan kes-kes macamni di Planet Pluto ni. Haha

“Aku tidak sebaik yang kau ucapkan, tetapi aku tidak seburuk yang terlintas di hatimu.”

Bersangka baiklah.
Apa pun masa lalu kita, semoga masa depan kita adalah syurga.

The end.
Mojako88.


Comments

  1. Hebat Mo ED..Huhu

    ReplyDelete
  2. All the best, Dr. Intan!
    When time is tough, just remember that you've come this far. Alhamdulillah.

    From your old primary school friend

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “