Skip to main content

Mengemis Kasih #Part1

Dia,
Yang lembut fitrahnya, sopan tutur kata, penuh rasa cinta untuk memberi dan merasa, namun manja dan cintanya bukan untuk semua, dalam dukanya tidak perlu ditunjuk pada siapa-siapa, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah.

Aku menghembus nafas dalam-dalam sambil melihat ke luar tingkap. Entah kenapa, suasana pada pagi itu sangat lain. Bumi dibasahi hujan renyai-renyai seakan turut menangisi jiwaku. Aduhai hati, janganlah engkau berasa sedih, janganlah engkau berasa berat dengan segala masalah dunia, janganlah ! Furqan itu kukucup lalu hatiku bergetar dan terus berdenyut. Ketenangan dan penawar. Hikmah dan makna. Bukankah Al-Quran itu mukjizat teragung Nabi Muhammad dan wahyu dari Allah ? Lalu, sembuhlah duhai hati, penawar geringnya hatimu.

Dengarlah aku ingin bercerita. Tapi, cerita aku bukanlah tentang gembira bagi yang tidak mengerti.

---------------------------------

Oit, nama aku Rita. Haha, style kan. Bukan Rita Rudaini tapi Rita Surihani. Kawan-kawan panggil aku Rita je. Muka tu takdelah lawa mana macam Lisa Surihani, tapi comel tu adalah jugak siki-sikit. Eheh. Dulu aku jahat, dulu la. Sekarang inshaaAllah beriman. Banyak jugak lah kerja jahat yang aku pernah buat dulu. Dulu, aku ada couple dengan seorang mamat ni, nama timangannya Bat. Bukan Batman lah kan, tapi rupanya ada lah hensem jugak, kapten rugby sekolah pulak tu. Rasa macam akulah orang paling beruntung waktu tu, waktu tu lahhh.

Ramai jugak lelaki yang tergila-gilakan aku, eheh tetiba rasa poyo. Mohon hantuk kepala ke dinding ! Mana tak nya, aku dulu aktif bersukan, bola jaring peringkat kebangsaan, olahraga pun peringkat kebangsaan. Cikgu-cikgu semua kenal kononnyalah. Kalau part belajar tu memang dalam tangan je, asyik score pointer tinggi-tinggi je. Kira macam cukup package lah ye dak ? Okay hidung berdarahhhhh T.T

Banyak lagi kerja jahat yang aku buat, solat fardhu kadang cukup lima kali sehari kadang tu separuh je. Puasa pulak ikut mood nak puasa atau tak. Ikut kepala aku sendiri. Itu dulu lah, sekarang inshaaAllah solat cukup lima kali sehari, tambah solat sunat lagi haaaaaa. Gua insaf daa, serius gua cakap lu. Lu bila lagi ? Mari sini, dengar aku bercerita bagaimana aku boleh kenal Islam yang sebenarnya.

--------------------------------

Aku membuka kipas.
Terasa sangat panas dalam diri, lalu aku baring dan menghala pandanganku ke syiling dengan pandangan yang kosong. Hati aku bercampur baur, geram, marah, kecewa, sedih semuanya bercampur menjadi satu lalu air mata yang cuba ku tahan selama ini akhirnya gugur jua membasahi pipi. Apalah nasibku, semenjak bergelar sebagai pelajar perubatan tahun satu, nasib selalu tidak menyebelahiku, tidak seperti dulu, ketika aku di sekolah menengah dahulu.

Gagal dan memalukan.
Aku hamba yang fail.
Berapa kali dah aku fail.
Study yang sangat fail. Kau pun sama kan ? Oh tidak, hanya aku seorang.
Aku sudah jemu.
Jemu.
Jemu.
Jemu.
Jemu.

Oh kawan-kawanku semuanya lulus dengan cemerlangnya. Tetapi aku ? Aku sudah belajar dengan bersungguh-sungguh. Tapi rezeki tidak menyebelahiku.

Lalu,
Aku mula menyalahkan Allah.
Aku menyalahkan takdir.
Aku menyalahkan pensyarah.
Aku menyalahkan kawan-kawan.

Lantas ku capai kunci kereta yang berada di atas meja, ingin keluar dari tempat yang menyesakkan jiwa. Aku terus memandu kereta tanpa hala tuju, ingin mencari ketenangan. Akhirnya aku sampai di sebuah masjid di Shah Alam. Entah kenapa hatiku tergerak untuk berhenti disini.

-------------------------------

Lama aku disini. Hampir dua jam aku duduk didalam masjid ini tanpa melakukan apa-apa. Hanya esak tangisku yang memecah kesunyian.

"Eh, awak okay?"

Aku membuka mata sambil menggosok-gosok mata yang tidak gatal sambil memandang ke arah suara yang menegurku.

"Errrr saya okayyy...."

Memang nampaklah menipunya Rita oiiiiiii mata dah lebam bagai kata okay lagi cehhhhhh.

"Takpe, saya tak nak ganggu awak. Kalau awak ada apa-apa hal, saya ada di sana." sambil menunjuk ke arah sekumpulan muslimah di hujung masjid.

"Baiklah. Terima kasih ye"

---------------------------------

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Lama jugak aku berada di masjid ini namun ketenangan itu masih belum dapat kucari. Dari jauh ku lihat, saudari yang menegurku sedang berbual bersama rakannya. Mereka kelihatan seperti sangat gembira. Aku tertarik untuk mengetahui apa yang mereka lakukan, lalu aku pergi mendekati mereka.

"Assalamualaikum, maaf ganggu awak."

"Waalaikumusalam. Eh takde ganggu pun." Sambil tersenyum.

"Boleh saya join?"

"Boleh. Mari sini duduk sebelah saya." Sambil terus tersenyum lagi.

------------------------------------

Yesssssa ! It's not the end of the world. *sambil genggam tangan semangat gitewwww

Teringat kembali kata-kata Kak Haja seminggu yang lalu, sewaktu pertama kali berjumpa

"Kita nak exam. Kita doa minta yang terbaik dari Allah. Kemudian, keputusan exam keluar dan kita tidak berjaya. Bukankah itu yang terbaik untuk kita.. ?"

Tiba-tiba, handset bergetar.

'One message received'
" Assalamualaikum Rita. Awak macam mana sekarang? Seminggu tak jumpa rindu pulak rasanya."

"Alhamdulillah, saya okay dah sekarang Kak Haja. Emosi semua dalam keadaan terkawal. Eheh. Saya lagi super duper rindu dekat Kak Haja, seriusssssssss!"

'SEND' 

'One message received'
"Alhamdulillah, seronok dengar awak dah okay. Ingat pesan Kak Haja tau. Kita merancang, Allah juga merancang. Allah selalu punya cara yang tidak disangka-sangka untuk menunjukkan cintaNya kepada kita."

"Namanya manusia, Dia adalah makhluk apabila diberi nikmat berbangga dengannya, dan apabila ditimpa bala bencana, menuduh Allah menghinannya. Allahu rabbi T.T sayalah orangnya yang tak reti bersyukur. Nanges laju-laju T.T "

'SEND'

"Allah tak kan bebankan hambaNya dengan benda yang tidak mampu, jadi segala malapetaka yang berlaku, ups down in life, pelangi vs hujan renyai, semua Allah rencanakan, sebab Dia tahu yang kita boleh go through all difficulties. Jadi kalau Allah yakin dengan kita, why not we believes in ourselves, dear sister?"

"Kak Haja...."

"Ye, adik sayang..."

"Saya beruntung dapat jumpa dengan Kak Haja"

"Adik sayang, bukan suatu kebetulan kan kita dipertemukan di atas jalan perjuangan ini.."

"Saya tahu, tapi......."

"Tapi....."

"Dulu, saya selalu kejarkan dunia. Matlamat saya nak jadi doktor. Entah kenapa nak jadi doktor pun saya kurang pasti. Mungkin sebab dulu dapat 4rata, so apply je kos ini. Nak lulus cemerlang. Tapi bila jumpa jalan perjuangan ini, baru saya sedar, matlamat yang perlu dikejar ialah syurga Allah. Dunia hanya sebagai alat sahaja untuk capai matlamat. MasyaAllah jahilnya saya dulu Kak Hajaaa....."

"Haaaaa, baguslah kalau awak dah faham. Tajdid niat balik, dan gunakan alat sebaik mungkin. Setiap orang ada masa silamnya Rita, cuma jangan ulang balik kejahilan yang lalu inshaaAllah semoga Allah tetapkan hati kita semua di jalan ini. "

"InshaaAllah. Bila nak jumpa ni, kita rindu kuasa infiniti dekat bulatan gembira kita."

'SEND'

'One message received'
"Esok kita puasa dan iftar sama-sama nak ?"

"Molek benor le tu, nak bawak saya ke mano?"

"Biarlah rahsia #np "

"Hehehe, ohkay inshaaAllah. Jumpa esok Kak Haja."

'SEND'

Dan saya terus tersenyum. Ikhlas dan tawaduk lagi. Senyuman kali ini lebih mahal kerana saya dapat merasakan kebahagiannya disini. Hanya yang faham akan mengerti.

'One message received'
"Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.."
(Al Hujurat:13)

'One message received'
"If you want to go fast, go alone. But if you want to go futher, go together."
*sambil ada background music Berjalan Tanpa Henti by Devotees*

Kak Haja ni comel betul lahhhh, siap ada background music bagai. Haha. Al Quran kudakap, Alhamdulillah. Aku semakin kenal Islam itu. Takpe, take one by one at one time. Slowly but never give up *tepuk bahu.

Apa erti Islam ku selama ini ?

Loves,
Mojako88

Comments

  1. Take a break,have a reflection,and make a sling shot. Bukankah kehidupan seorang hamba di dunia seperti musafir? yang mana,pasti dan pasti akan di uji. Dan sebab niat,boleh jadi adat boleh jadi ibadat.

    "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)?"

    [Ali Imran: 142]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “