Skip to main content

Mengemis Kasih #part2

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta. Lalu terheretlah aku di lorong gelisah, luka hati yang berdarah kini menjadi kian parah #NowPlaying

"Assalamualaikum awak. Nama saya Rita, nama awak apa?"

Aku menegur dia, seorang jiran di depan bilik.

"Waalaikumussalam. Nama saya Nadia. Nadia Hana. Tapi awak boleh panggil Nadia je. Salam perkenalan."

Nadia senyum sambil buat pipi gebu !

Yeay ! Aku dapat seorang kawan comel. Yeay ! Yeay ! Yeay ! Okay jangan overdose sangat eh Rita jangan eh.

--------------------------------------

"Tsk.Tsk.Tsk.Tsk......"

Aku menangis di tepi tasik. Menangis laju-laju. Dia mengharapkan seseorang untuk menenangkannya namun tiada siapa di situ. Terus dia menangis lagi. Hatinya tidak tenang, sayu saja petang itu. Orang yang berjogging berlalu pergi tanpa menghiraukannya. Ya, aku berada didalam duniaku sendiri ketika itu. Aku mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang tak pasti.

----------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 8malam. Aku berjalan pulang ke kolej. Masuk ke dalam bilik, dan berehat di atas katil. Berehat..

"Haih, kehidupan yang memenatkan." keluh aku sendirian.

Knok. knok. Pintu bilik aku diketuk dan dibuka.

"Assalamualaikum Rita, tadi awak menghilang ma.....eh, awak menangis ke Rita? Siapa buli awak siapa ? Biar saya buli balik orang tu." 

Sambil buat gaya garangnya lalu duduk bersebelahan denganku.

Mataku yang bengkak, serta hidungku yang bewarna merah seakan seperti badut tidak dapat dibendung lagi. Lalu aku kembali menangis tanpa segan dan silunya. Ish memalukan, sangat !

" Boleh tak kalau saya nak start all over again ? "

Aku sambung menangis. Itulah kerjaku dalam dua tiga hari ini. Part time job without salary orang kata. Orang katalahhh bukan aku kata.

"Laaa nak start apa pulak ni awak? Cuba cerita apa masalahnya?"

Nadia buat muka blurrrr. Tak faham le tu. Atau buat buat tak faham ? Eheh.

"Entahlah Nadia, banyak betul masalah saya ni. Saya rasa saya ni seperti ermmmmmm robot."

Aku seorang robot. Begitulah 'term' paling sesuai buat diriku, robot. Mungkin robot power rangers, atau ultraman. Ah, yang penting robot.

"Saya cuba untuk memaknakan kehidupan ini."

Nadia mengangguk. Seakan faham.

"Bangun, mandi, sarapan, pergi kelas, dengar lecture, balik kelas, makan, belajar, tidur. Ulang rutin yang sama setiap hari. Mungkin yang extra aktivitinya mungkin part time dapat result, lulus or gagal. Sedih or gembira. Saya tak dapat  memaknakan lagi kehidupan ini."

Terang aku sungguh-sungguh sambil menangis. 

"So, apa yang sedih sangat sampai menangis cik kak oiiii ? Robot kalah dengan raksaksa monmon ke acano?"

Ketawa Nadia guling-guling. Eheh. Part mana yang lawak pun aku tak tau Nadia seorang ni -.-'

"Sedih sebab, banyak sangat masalah sejak dua tiga hari ini. Projek sana projek sini, masalah sana masalah sini. Kena marah dengan orang sana, kena marah dengan orang sini. Part paling sedih bila tak dapat perform study. Baca, struggle sampai pagi tapi result seciput sajohhh. Ya Allah stressnya!"

"Okay sorry gelakkan awak tadi. Saya cuma nak awak ceria, janganlah stress. Bukan awak seorang je rasa macam itu, semua yang berada bersama awak merasa benda yang sama. Rezeki tu hak Allah Rita, kita manusia tak berhak mempertikaikannya."

"Tapi.....kenapa semua orang nampak chill je?"

"Nak tahu macam mana diorang boleh chill ? Diorang boleh watlek, watcool, watpeace ?"

Aku menggangguk angguk ingin tahu.

"Sebab, diorang ada Allah dalam hati."

Sambil tersenyum.

"Sebab, diorang sabar, berbekalkan iman dan takwa diorang terus melangkah. Sebab diorang rasa Allah itu sangat dekat dengan mereka. Tak perlu mendaki, atau terbang sampai ke langit untuk mencari Allah, Allah tu sebenarnya ada je dalam hati."

Nadia tersenyum lagi. Manis.

"Eh kejap, awak dah solat maghrib?"

Aku menggeleng, tunduk.

"Ya Allah, janganlah bersedih sampai benda yang wajib kita tinggalkan."

Nadia menggeleng kepala, kesal dengan sikapku.

"Rita. Mungkin matlamat dan alat awak dah bersimpang siur? Oh sahabat, kalau kita gagal beribadah kepada Allah 24jam sehari, maka bukankah kita telah lari tujuan hidup?"

"Kalau matlamat dan alat dah bersimpang siur, tally kah kehidupan kita dengan seruan Allah? Haaa, inilah yang kita kena check balik Rita. Tajdid niat awak tu balik."

Tambah Nadia lagi, sambil menepuk bahuku.

Aku mengangguk angguk. Mengesat air mata, lantas bergegas ke toilet untuk mengambil wuduk.

------------------------------------------------

Alhamdulillah, selesai solat berjemaah Isya' bersama Nadia.

"Rita sayang jum kita tadabur surah Al-Balad. Ayat 4."

Sambil membuka Al-Furqan dan membaca...

'Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. (90:4)'

"Allah sendiri cakap dalam Al-Quran, Dia menciptakan manusia memang untuk bersusah payah. Sebab, syurga itu bukan senang nak masuk. Syurga itu dindingnya kepayahan dan keperitan. Orang yang hebat dan beriman saja yang mampu sampai ke syurga, apatah lagi syurga Firdaus, iaitu syurga paling tinggi."

"Orang yang hebat ? Contohnya ?"

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Contohnya kalau dalam hal awak ni, bila ada macam-macam masalah, awak sepatutnya kembali kepada Allah. Allah tempat kita bergantung harap. Segala masalah adalah ujian dan tarbiyah dari Allah kepada kita. Allah suruh kita bersabar dan kuatkan kesabaran. Contoh dalam surah Al-Imran ayat 200, 'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung'. Nah, Allah bagi lagi motivated words, ayat cintaNya dekat kita, suruh kita sabar dan kuatkan kesabaran, teruskan bertakwa berjuang di jalan Allah."

"So kiranya salah satu ciri orang beriman dan hebat ialah bersabar. MashaaAllah."

"Bersabar, nampak mudah pada perkataan tapi nak lakukannya mashaaAllah, susah. Sebab tu siapa yang mampu bersabar, sangat hebat. Lagipun, kalau nak dibandingkan dengan ujian umat terdahulu, ujian yang kita alami ini alahaaaaai sangat kecil. Dan Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu. Sweetkan Allah ?"

Terang Nadia sungguh-sungguh.

"Maksiat yang saya lakukan saban hari, tapi Allah masih sayangkan saya. Allah beri saya udara free untuk bernafas, Allah bagi fizikal saya boleh bergerak untuk lakukan aktiviti seharian. Ya Allah, tapi saya masih lagi buta dan masih lagi melakukan maksiat. "

Rita menangis lagi.

"Dosa menggunung tinggi pun, rahmat Allah lebih luas dari itu. Pengampunan Allah tak pernah terbatas Rita. Selangkah awak rapat kepadaNya, seribu langkah Allah rapat kepada awak. Nampak tak, bukti Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Mintalah ampun padaNya, Allah Maha Mendengar Rita."

Senyum simpul Nadia sambil cuba menenangkan Rita yang sedang teresak-esak menangis. Dipeluknya erat sahabatnya itu. Erat. Robot ke macam ni menangis ? errrrr bukan robot takde perasaan ke ? Eheh.

----------------------------------------------


Tweet tweet. Handset xperiaku bergetar.

One person mention you.
@RitaCunBakHang awak dah okay ? Jum makan, saya belanja cool blog eh ?

@NadiaSweetSour alhamdulillah, saya dah okay. Terima kasih semalam pinjam bahu =')

'Send Tweet'

One person mention you.
@RitaCunBakHang Takde hal. Memang mak kita pesan suruh pinjamkan bahu untuk kawan yang memerlukan. Lol ! :p

@NadiaSweetSour Haha, mak awak sangat memahami ehhh cool ah mak awak ni yang sayang mak awak lebih ni Haha ! <3

'Send Tweet'

One person mention you.
@RitaCunBakHang Gurau le awak. Eheh. Kata kawan susah senang. I'm always here for you, sayang awak kerana Allah :)

@NadiaSweetSour Ey awak tak payah sweet muweet dengan saya eh *feeling touched*

@RitaCunBakHang Allah sayang awak, sebab tu Dia uji awak. Dia nak awak rasa benda ni best !

@NadiaSweetSour alhamdulillah, inshaaAllah saya kuat dan akan buat benda ini jadi best :)

'Send Tweet'

One person mention you.
@RitaCunBakHang Sungguh bersabar ciri orang beriman. Selamat berusaha menjadi orang yang bersabar untuk apa-apa keadaan sekalipun !

@NadiaSweetSour Terima kasih, sayang awak fillah. InshaaAllah syurga menanti bagi sesiapa yang bersabar =')

'Send Tweet'

Alhamdulillah *deep breath*

Cause heart of a Muslim must be strong. Hati yang sekuat besi inshaaAllah. Terima kasih sahabat, terima kasih ! Saya ada kawan yang super awesoeme dan saya sayang dia fillah, kau hado ? Eheh (n_n)

Comments

  1. Nape perlu bersedih? sedangkan dunia bukan matlamat? put dunya in your hand,and let the akhirat enter your heart. Memang manusia sukakan kepada kesempurnaan. Tapi pada dunia,apakah yang sempurna?

    "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" [Al-An'Am ayat 32]

    Then,muhasabah diri. Apa maksud 'kejayaan' yg sebenar dalam diri enti. Bukan 4 rata penentu kejayaan,tapi sejauh mana seorang hamba meletakkan agama dalam semua hal,meletakkan keutamaan akhirat melebihi keutamaan dunia. Ingat balik Allah cakap ap dalam surah al-ankaboot.

    "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikanmereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankaboot:69]

    So? But,keep on producing the tears. It can help you during mahsyar. Hehe. :P

    ReplyDelete
  2. Alahaai encik Awi. Terima kasih, sangat terkesan :'( Semoga kita kuat. tabah dan mendapat ilmu dengan mudah. Amin. Ramadhan Kareeem, tak sabar nak jumpa bulan muhasabah, bulan Ramadhan mashaAllah

    ReplyDelete
  3. Along, bila buku kamu nak publish ? Berkurun tunggu dah ni =="

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “