Skip to main content

She is far.

Diri ini bukan apa apa dan siapa siapa. Cuma insan kecil yang sentiasa melakukan kesalahan dan memohon ampun kepada penciptaNya. Insan yang dahulu lalai dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Jika dikenang kembali pengalaman pahit masa lalu, sangat susah untuk ditempuh pada ketika itu. Allah memberi ujian yang tidak terduga, sehinggakan diri ini tidak mampu lagi berdiri menongkah arus kehidupan. Namun, alhamdulillah, Allah telah memberikan diri ini insan insan yang sangat membantu. Pelampung pelampung iman yang dilemparkan oleh sahabat telah membuatkan diri ini tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Terima kasih sahabat =')

can I turn back the hands of time, friends ?

Kau, kawan, sahabat dan teman - unic #np
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan ”. 

Loves,
Shera

Comments

Popular posts from this blog

Pendosa.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” (Al Baqarah 2:222)  They said laughter is the best medicine, but sometimes tears can heal better. 

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis ...