Skip to main content

Kisah Dahlia.

Dahlia, seorang gadis yang sederhana cantik, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk dan tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo itu. Hari ini merupakan hari pertama Dahlia masuk ke universiti. Semuanya terasa indah kerana apa yang diimpikan selama ini tercapai. Kos menjadi pilihan hatinya sejak kecil telah berjaya dimiliki. Dahlia telah mengembirakan hati kedua orang tuanya, semua orang bangga dengan kejayaan Dahlia, bak kata orang berjaya sampai ke menara gading gitewwwww. Hari pertama ke kuliah, terasa sangat asing bagi Dahlia. Kawan baru, pensyarah baru, rupa dan gaya yang baru. ya, Dahlia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, lebih lebih lagi dengan sifatnya yang agak pemalu menyebabkan agak sukar untuk Dahlia rapat dengan kawan kawan yang lain baik lelaki mahupun perempuan. Tidak seperti orang lain yang mempunyai teman rapat, mempunyai 'kawan lelaki' mahupun 'kawan perempuan' yang menjaga satu sama lain kononya, tapi, Dahlia tetap bahagia dengan kehidupannya yang solo dan sederhana itu.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika Dahlia sedang menunggu bas di perhentian bas untuk pulang ke kolej, Dahlia didatangi dengan seorang lelaki yang cukup dikenali, classmate yang tak dianggap kerana tidak pernah berbual didalam kelas. Zakuan nama diberi. Zakuan seorang yang sangat terkenal dalam fakultinya, terkenal dengan 'sweet talker' nya. Suka perempuan sana, suka perempuan sini. Bawak awek sana, bawak awek sini. Ada rupalah katakan. "Hi, Dahlia", Zakuan memulakan bicara. "Ye", jawab Dahlia kekok. "Awak, tunggu bas ?", tanya Zakuan lagi. Dahlia sudah mula tidak senang duduk, 'Dah la berdua duaan je dekat bawah pondok bas yang tak berapa nak rupa pondok bas ni, aissshhhhhh.'-getus hati Dahlia. "Tunggu bas, tak kan tunggu lori pulak kot." jawab Dahlia acuh tak acuh malas nak layan si Zakuan. "Marah ke? Saya tanya je", tanya Zakuan lagi. "Maaf saya kena pergi, assalamualaikum." Dahlia terus berlalu pergi tanpa menoleh muka kepada Zakuan. Lebih baik dia beredar secepat mungkin daripada berlaku apa apa yang buruk. Zakuan terkejut dan kecewa dengan balasan yang diterima dari Dahlia. 'Huh jual mahal konon.' - getus hati Zakuan marah lalu berlalu pergi dengan motor vespanya yang berwarna hijau menuju ke kolej.

Keesokan harinya, semasa di dalam kelas, sedang sibuk Dahlia bersama Fatimah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, tiba tiba Zakuan datang duduk di sebelah Dahlia. 'Dah kenapa mamat ni duduk sebelah aku, macam lah takde tempat lain dalam kelas ni'-bisik Dahlia. Dahlia meneruskan kerjanya bersama Fatimah. "Selamat pagi Dahlia ", tegur Zakuan sambil tersenyum simpul. "hmm", jawab Dahlia malas. "Awak dah sarapan ? Kalau belum saya belanja awak nak ? ", tanya Zakuan lagi. "Dah", jawab Dahlia tanpa menoleh sedikit pun pada Zakuan. "Awak tengah buat apa tu?", sibuk Zakuan ingin tahu. "Awak ni dah kenapa sibuk kacau saya pagi pagi ni, pergi buat kerja awak lah." marah Dahlia. " Garangnya awak ni, patutlah awak masih dengan kehidupan awak yang solo tu", ejek Zakuan. "Suka hati sayalah nak hidup macam mana pun. Saya tak kacau hidup awak pun." jawab Dahlia geram. Satu kelas sedang memperhatikan mereka ketika ini. Adam yang dari tadinya memerhatikan perbualan mereka tidak senang duduk. Geram melihat perilaku Zakuan yang asyik mengusik Dahlia sejak dua menjak ini. Entah demam apa pulak si Zakuan nak cuba rapat dengan Dahlia. Tak cukup lagi ke dengan awek awek dia yang keliling pinggang tu ? Geram Adam dibuatnya. "Awak ni, cubalah jangan garang sangat. Barulah lelaki nak dekat awak. Pakaian awak tu pulak, cubalah pakai t-shirt ke, jeans ke, ini saya tengok asyik pakai baju kurung je hari hari. Muak dah mata saya ni tengok", kata Zakuan pada Dahlia. Dahlia memandang geram pada Zakuan. Matanya terasa hangat, dan tiba tiba air matanya mengalir laju. Dahlia terus berlari keluar dari kelas, sedih dengan apa yang telah diperkatakan oleh Zakuan. "Puaslah hati kau kan bagi Dahlia menangis, puas!", kata Fatimah kepada Zakuan sebelum keluar dari kelas untuk mencari Dahlia. "Kau jangan cari pasal dah dengan Dahlia. Kalau tak, tahulah aku macam mana nak kerjakan kau nanti." ancam Adam kawan baik Dahlia, lalu berlalu pergi. Zakuan hanya tersenyum sinis, mengejek ancaman Adam.

Dua bulan berlalu pergi, hubungan antara Dahlia dan Zakuan masih dingin jika dilihat dari mata kasar. Tapi sebenarnya, Dahlia telah melupakan segala yang berlaku. Tiada dendam mahupun benci terhadap Zakuan. Dulu ya, Dahlia merasa sangat sedih apabila Zakuan berkata sedemikian terhadap dirinya. Namun bila di fikirkan kembali, tiada apa yang perlu disedihkan. Kerana pakaian yang dipakainya adalah menutup aurat. Biarlah apa orang nak kata, walaupun dia 'fashion disaster' tahap ninja kuasa sembilan pun, bagi diri Dahlia, segala yang dipakai, yang dilakukan lillahitaala. Biarlah tak puas di mata manusia, tapi puas di pandangan Allah. Itulah prinsip yang dipegang dari dulu lagi. Zakuan pulak masih seperti dulu, tidak berubah. Masih suka berfoya foya bersama kawan kawannya, dia hanyut dengan kemewahan yang dimiliki. Sehinggalah pada suatu hari, Zakuan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Motor vespa hijau kesayangannya remuk dilanggar lori, Zakuan pula tercampak ke dalam longkang berdekatan dan cedera teruk di kaki. Dia dihantar ke hospital berdekatan. Doktor mengesahkan bahawa Zakuan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan dalam masa beberapa tahun ini. Sedih hati Zakuan apabila mengenangkan nasibnya yang terpaksa memakai tongkat seawal usia yang muda. Sepanjang Zakuan berada di hospital, rakan sekelasnya rajin melawat Zakuan. Terutamanya Adam, Fatimah dan Dahlia. Mereka  selalunya akan melawat Zakuan selepas kelas. Menyalin tugasan, dan mengajar Zakuan yang mana yang tertinggal. Zakuan menjadi segan dengan mereka bertiga. Segan dengan segala kesalahan, kenakalannya dahulu terhadap kawannya itu.

"Zakuan, jum kita solat jemaah. Waktu Asar pun dah masuk ni." kata Adam kepada Zakuan pada suatu petang. Zakuan menjadi serba salah. "Ermmm. Minta maaf, tapi aku......aku.....aku tak reti solat." Zakuan membuat pengakuan. Zakuan malu dengan dirinya sendiri. Mengucap panjang Adam bila mendengar pengakuan Zakuan. Begitu juga Fatimah dan Dahlia. "Dah tu selama ini kau tak solat lah Zakuan ?" tanya Adam ingin tahu. "Selama ini aku tak solat Adam. Aku teringin nak solat macam orang lain, tapi aku tak tahu nak minta tolong siapa untuk ajarkan aku solat. Aku malu Adam. Aku malu dengan kau. Aku malu dengan Dahlia dan Fatimah. Aku malu untuk meminta kawan aku ajarkan aku solat. Family aku semua tak pernah solat. Mama Abah aku semuanya sibuk dengan hal dunia. Aku ni kalau balik rumah jumpa orang gaji aku je, mama abah aku langsung tak pernah nak nampak." cerita Zakuan sambil menangis. "Semua orang ingat hidup aku perfect. Tapi sebenarnya, aku rasa hidup aku kosong." tambah Zakuan lagi sedih. "Awak jangan sedih, kami boleh bantu yang kami mampu in shaa Allah." kata Dahlia. "Masih sempat ke untuk saya berubah Dahlia? Saya rasa sangat berdosa. Banyak maksiat yang dah saya lakukan. Sampaikan pernah terdetik di hati saya 'Sampai bila saya nak macam ini?'. " luah Zakuan sedih. "Apa yang awak merepek ni Zakuan. Takda istilah tak sempat kalau nak berubah. Allah masih sayangkan awak, sebab tu Dia gerakkan hati awak untuk berubah mengenal Dia dengan lebih dekat lagi." tambah Dahlia sambil tersenyum. "Dah, kau jangan risau Zakuan, selagi kami mampu, kami akan cuba bantu kau ohkay ?" tambah Adam. "Terima kasih kawan kawan, koranglah kawan dunia akhirat aku." jawab Zakuan masih lagi dalam keadaan sedih. "Eh, dah kenapa tacing pulak si Zakuan ni, dah jum kita mulakan dengan solat." tambah Fatimah tersenyum. Dalam hati masing masing berasa sangat bersyukur dengan perubahan ini. 'Semoga Allah beri kekuatan kepada Zakuan, untuk terus menuntut ilmu Allah, mengenal Allah dengan lebih dekat lagi'-bisik hati Dahlia sambil tersenyum tanda syukur.

Dahlia melihat ke dalam mata jernih berwarna 'hazel' itu. Bayi seberat 2.5kg itu dipeluk erat. Alhamdulillah, Dahlia telah selamat melahirkan seorang mujahidah. Tatkala suaminya melaungkan azan di telinga bayinya, Dahlia terasa sangat sebak. Lima tahun berlalu dengan begitu pantas, dan kini dia telah bergelar sebagai seorang isteri kepada Muhammad Zakuan Idham. Selama lima tahun, Zakuan cuba memperbaiki dirinya, mencari ilmu agama, menebus kembali dosa dosanya ketika dia berada di zaman jahiliah. Zakuan amat berterima kasih atas bantuan dari Adam, Fatimah dan juga isterinya Dahlia yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya. Dan alhamdulillah, sekarang, Zakuan telah berubah dan mampu menjadi ketua keluarga. Zakuan lebih suka mem'busy'kan dirinya dengan program program keagamaan, menghadiri liqa'. Setiap hujung minggu pasti ada saja program yang akan Zakuan dan Dahlia pergi. Matlamat hidup mereka bukan nak kejar dunia semata, tetapi akhirat yang lebih penting. Fikiran Dahlia yang melayang tiba tiba tertumpu kepada bunyi pintu yang dibuka. "Assalamualaikum." Fatimah memberi salam sambil tersenyum simpul menuju ke arah Dahlia. "Waalaikumussalam." jawab Dahlia tersenyum. "Mana suami Fatimah, Adam?" tanya Dahlia. "Ada dekat luar tu tengah sembang dengan Zakuan. Bukan main seronok lagi Zakuan tu bila dah dapat jadi abi ye, tersenyum saja dari tadi." jawab Fatimah sambil bermain dengan bayi Dahlia yang sangat comel, Aisyah. Dalam hati Dahlia, hanya Allah saja yang tahu betapa syukurnya dengan segala nikmat rezeki jodoh yang Allah beri.

Ting tong. Ting tong. 'Siapa pulak yang datang pagi pagi ni'-getus hati Dahlia. Dahlia menyarungkan tudung lalu membuka pintu. Ada sekotak bungkusan dan juga sejambang bunga ros merah. Dahlia kaget. 'Dah buang tabiat apa budak lelaki ni nak bagi aku benda ni semua, walaupun aku nampak muda tapi aku ni isteri orang kot'-getus hati Dahlia. "Ini rumah Nurul Dahliana Bt Kamarulzaman ke?" tanya pemuda itu. "Ya saya Dahliana", jawab Dahlia. "Puan Dahliana, ada bungkusan dan jambangan bunga untuk awak." balas pemuda kecil itu. 'Lahhh, meleset sungguh fikiran kau Dahlia oihh, budak ni penghantar je bukan dia yang nak bagi dekat kau Dahlia'-bicara Dahlia dalam hati, geli hati. "Oh, untuk saya, terima kasih." jawab Dahlia tersipu malu, takut pemuda tersebut tahu apa yang bermain di fikirannya. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada pemuda tersebut, Dahlia terus meneliti bungkusan dan juga jambangan bunga tersebut. Masih tidak diketahui identiti pemberinya. Sedang Dahlia membelek bungkusan tersebut, Dahlia terjumpa sekeping kad yang tersisip di bungkusan tersebut, diambilnya lalu dibacanya isi kandungan kad tersebut.

Kepada isteriku yang solehah, Nurul Dahliana Bt Kamarulzaman,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama sayang ! *background music perlu ada*
Dikesempatan ini, saya, Muhammad Zakuan Idham ingin membuat pengakuan bahawa, saya sangat menyayangi isteri saya yang seorang ini. Sebenarnya, saya pernah meminati awak secara diam diam. Sejak pertama kali awak menjejakkan kaki ke dalam kelas, saya sudah mula meminati awak. Ingat tak dulu, saya pernah usik awak sampai awak menangis ? Saya minta maaf. Saya memang nak sangat berkawan dengan awak, tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Saya takut nak mula dulu, entah kenapa. Awak lain dari yang lain. Susah nak dekat dengan awak. Saya suka dengan kehidupan awak yang solo itu, awak menjaga batas pergaulan awak, awak menutup aurat dengan sempurna. Sejuk mata sesiapa yang melihat *melting* :) Tapi, saya minta maaf sebab buat awak menangis :( Dulu, saya selalu fikir yang saya tak layak untuk bersama awak. Yelah, kita macam langit dan bumi. Kehidupan kita jauh berbeza. Awak sangat baik, saya pulak sangatlah tak baik. Tapi, selepas peristiwa kemalangan yang telah meragut nyawa motor vespa hijau kesayangan saya itu, alhamdulillah, Allah telah membukakan pintu hati saya untuk terus mengenal dan meraih cinta Allah yang satu. Cinta Allahlah cinta yang paling hakiki. Sepanjang dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan, macam macam masalah yang datang. Masalah keluarga, kawan kawan. Tapi, awak selalu pesan suruh saya bersabar. Awak cakap segala malapetaka yang berlaku, ups down in life, hujan vs renyai semua Allah yang rencanakan. Allah tahu saya boleh go through all the difficulities kan ? Allah pun percaya saya, why not saya percaya diri saya sendiri kan ? Dan alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan sokongan dari awak, Adam dan Fatimah, segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Terima kasih awak untuk segalanya :') Awak, tahu tak, saya pernah berdoa supaya dikurniakan jodoh yang solehah. Jodohkan hak Allah, dan doa saya dimakbulkan^^ *angkat angkat kening*  Alhamdulillah, awaklah pasangan hidup saya dunia dan akhirat. Saya berjanji akan menjadi suami yang akan membimbing awak dan menjadi abi yang penyayang untuk Aisyah. Cinta sampai syurga ye sayang !  (n_n)

Dahlia, menitiskan air mata tanda kesyukuran. Dipanjatkan doa semoga kebahagiaan ini kekal sampai syurga. - the end -


dan bila kita masih lakukan dosa,
 dosa yang sama setiap hari.
 bila kita masih sayang nak tinggalkan jahiliyyah tu, 
pasti terdetik jugak di hati.. "sampai bila nak macam ni?".
itu tanda Allah masih sayangkan kita. 
Itu tanda DIA nak kita kembali pada DIA.
so,move on. and re-define your life (izureen,2013)


Loves,
Shera



Comments

  1. cik intan,panjangnya. hihi. good effort, thankyou :)

    ReplyDelete
  2. adakah cik intan yg menulisnya sendiri (hafizah D2)

    ReplyDelete
  3. yes darling ! except tulisan kaler biru itu (izureen,2013) :')

    ReplyDelete
  4. Perrhhh intan!!!! =DD
    Tulis lgi...

    ReplyDelete
  5. weyh intan, cerita pasal kelas bila nk wat??

    ReplyDelete
  6. hehe, kelas ? kelas mana satu ye awak ye ? in shaa Allah. 3 minggu lagi duduk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngok ngek la intan...M7 larh..daa~~

      Delete
  7. panjangnya awak tulis. great story. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “