“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia” Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu. Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?” Aku masih confused dengan apa yang terjadi, 5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku. Ya, aku berdebar debar. Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun. Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?” Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa. Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri. Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku. “
Comments
Post a Comment