Skip to main content

you are incredibility beautiful.

Cantik ? Apakah nilainya ? Cantik luaran bukan satu ukuran. Hari ini , kita sering lihat manusia sering menilai cantik dengan luaran. Dahi licin, kulit cerah, mata bulat, pipi gebu, tinggi, rendah, bujuq, bulat, ramping, rambut lurus, seksi, haaa semua aspek tu  diambil kira oleh manusia zaman sekarang. Tapi sebenarnya , itu bukanlah satu ukuran, ataupun satu piawai yang wajib diikut oleh mana mana pihak untuk kata seseorang itu cantik.

Bagi saya, apa yang cantiknya pakai ketat ketat ? apa yang cantiknya pakai dedah dedah ? Tertutup itulah cantik. Barang barang cantikkan terjaga dan yang melihat hanya untuk yang layak sahaja. Sebab apa kita perlu tutup aurat ? Sebab Islam suruh begitu. Betul tak ? Yang paling penting apa yang Allah redha. yes! thats the most important thing yang kita kena ambik kira. Biarlah manusia nak kata apa kan, nak kata fashion kita out of date ke, nak terlebih berfesyen ke, yang penting redha Allah di situ c:


" Wahai anak anak Adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang terbaik. Yang demikian itu adalah  dari tanda tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." Surah Al-A'raf ayat 26.

cantik dari kaca mata Allah.

Dan pakaian takwa itulah yang terbaik! Apa itu pakaian takwa ? Takwa tu bermaksud takut kepada Allah, atau berjaga jaga dengan apa yang Allah suruh dan larang, Kerana itu terkumpullah sifat sifat yang memahalkan mereka seperti pemalu. Tidaklah mereka senang mendedah dedahkan aurat mereka kecuali pada yang hak. Tidaklah mereka senang senang menggaulkan diri mereka dengan lelaki melainkan dengan batas batas , insyaallah. Banyak lagi sifat mahmudah yang ada dalam wanita yang di kategorikan sebagai cantik. Yang paling penting ibadah mestilah terjaga, walaupun imannya turun naik tapi tetap berusaha dijaganya. Lihat , sifat sifat inilah yang membuatkan wanita itu menjadi wanita tercantik di kalangan wanita yang ada.

p/s : usaha jangan kurang doa jangan putus. mari menjadi hambaNya (:

Tukarlah definisi kecantikan anda ! 
Jadilah cantik , yang cantik di sisi Allah,
Sama samalah kita berusaha,
 mengubah diri masing masing.
Insyaallah c:
souces ; langitillahi.

Loves,
Shera.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan diri untuk membuka m

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis housemanship ke?” tanya Afiq lagi kepada ku.  “