Skip to main content

She is far.

Diri ini bukan apa apa dan siapa siapa. Cuma insan kecil yang sentiasa melakukan kesalahan dan memohon ampun kepada penciptaNya. Insan yang dahulu lalai dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Jika dikenang kembali pengalaman pahit masa lalu, sangat susah untuk ditempuh pada ketika itu. Allah memberi ujian yang tidak terduga, sehinggakan diri ini tidak mampu lagi berdiri menongkah arus kehidupan. Namun, alhamdulillah, Allah telah memberikan diri ini insan insan yang sangat membantu. Pelampung pelampung iman yang dilemparkan oleh sahabat telah membuatkan diri ini tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Terima kasih sahabat =')

can I turn back the hands of time, friends ?

Kau, kawan, sahabat dan teman - unic #np
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan ”. 

Loves,
Shera

Comments

Popular posts from this blog

dia seorang kawan :')

ada seorang kawan. kenal rapat dari darjah 6. otak dia sangat bijak. semua kenal dia. semua suka dia. biasalah budak baru. rupa pun ada. pelajar cemerlang sekolah pulak tu. kami sekelas, rumah berjiran. memang selalu nampak muka dia tu. petang petang selalu datang rumah aku, kita main masak masak kan. eh ? bukan lah. kita main chess sama sama. dia suka sangat main chess. memang dia hebat. satu kelas kalah dengan dia. aku pernah checkmate ko dulu tak? ^^'    itu dulu, tapi sekarang lama tak jumpa dia. kita berpisah bila kita naik form1. dia pindah rumah masa tu. pindah dekat mana pun aku tak tahu. sebab waktu tu, aku kecil lagi. mana nak ingat benda benda rumit macam tu. rumit? tapi malam semalam, aku terserempak dengan dia. bayangkan, dah lebih lima tahun tak jumpa. waktu tu, aku teman mama pegi mall. nak cari baju katanya. lepas 'try and error' semua baju yang ada, tiba tiba ada satu suara tegur kami. ali : assalamualikum *sengih lebar (n__n) aku : waalaikumsalam. *s...

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan d...