Skip to main content

Move foward.

#NowPlaying - A moment like this

"There comes a time, once in a while in your life, that you are given the chance to do something that you want. Some people wait a lifetime for the moment you have right now. Some are still waiting. So, I hope you make the best out of tomorrow and the days to come in shaa Allah" - so he said (Jan20, 2013)

Learning and growing ain't easy. But I'm pretty sure that I will enjoy doing it.

Dalam usaha menghadapi sesi pembelajar yang baru pada sem lepas, macam macam perkara berlaku, yang manis mahupun yang pahit. Yang manisnya apabila ukhuwah bersama sama rakan semakin erat, dan yang pahitnya apabila mendapat result yang sangatlah tidak masuk akal. Baru aku percaya, bahawa kehidupan ini sememangnya penuh dengan kejutan ! Tidak semestinya kita akan senang sepanjang masa, adakalanya kita akan susah. Atau ada sesetengah orang, akan berterusan susahnya. Kenapa ? Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Jangan mengeluh wahai diri. Kita sebagai hambanya kena percaya dan yakin pada Allah. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Jangan compared dengan orang lain. Jangan tengok orang lain, tapi tengoklah diri sendiri. Apa lagi kekurangan yang perlu kita baiki.

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kepada aku, sahabat yang hebat hebat imannya, sama sama berjuang di jalan Allah. Sahabat yang banyak membantu ketika susah dan juga ketika senang. Sahabat yang banyak memberi nasihat, bimbingan dan dorongan kepada aku ketika aku hampir berputus asa. Sahabat yang mendengar luahan jiwa dan raga, menangis bersama. Terima kasih wahai sahabat. Semoga Allah beri rahmat dan redhaNya serta kekuatan kepada kita untuk sama sama berjuang di jalanNya sehingga mata ini tertutup dan tak dapat melihat dunia ini lagi. Amin.

Second semester is coming so soon ! And sincerely I'm not ready yet. Ya, Allah kenapa berat sangat hati ini nak balik untuk menuntut ilmu Allah ? Mungkin sebab result yang bakal keluar tak lama lagi :( Hey little fighter, grow up ! Be a strong girl ! You must move foward and face the reality. It doesn't matter you got good or bad result, what matter is how you live based on that result, so they say and I agree with them. SubhanaAllah, niat belajar kerana apa ? kerana nak dapat result bagus ke ? kerana apa ? kalau ikhlas kerana Allah, niat belajar ialah untuk dapatkan syurga Allah semata mata, tiada lain melainkan syurga Allah. Allah tak pandang hasil, tapi Allah pandang usaha. Percaya pada Allah ! 

Doakan yang terbaik untuk diri ini dan rakan rakan seperjuangan yang lain ye for this coming new semester. Sama sama susah belajar, sama sama menangis, sama sama bantu membantu antara satu sama lain, semoga ukhuwah berkekalan sampai syurga hendknya =') We only have to fight and I hope tomorrow is not a nightmare to us, in shaa Allah. Jum kita buat banyak kenangan manis untuk second sem ni nak tak ? :)

Loves,
Shera.

Comments

  1. subhanaAllah..tq intan. betul, kena betulkan niat- belajar kerana Allah! Allah tak judge kita berdasarkan result pun..hopefully we can strive together.aminn.. :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

dia seorang kawan :')

ada seorang kawan. kenal rapat dari darjah 6. otak dia sangat bijak. semua kenal dia. semua suka dia. biasalah budak baru. rupa pun ada. pelajar cemerlang sekolah pulak tu. kami sekelas, rumah berjiran. memang selalu nampak muka dia tu. petang petang selalu datang rumah aku, kita main masak masak kan. eh ? bukan lah. kita main chess sama sama. dia suka sangat main chess. memang dia hebat. satu kelas kalah dengan dia. aku pernah checkmate ko dulu tak? ^^'    itu dulu, tapi sekarang lama tak jumpa dia. kita berpisah bila kita naik form1. dia pindah rumah masa tu. pindah dekat mana pun aku tak tahu. sebab waktu tu, aku kecil lagi. mana nak ingat benda benda rumit macam tu. rumit? tapi malam semalam, aku terserempak dengan dia. bayangkan, dah lebih lima tahun tak jumpa. waktu tu, aku teman mama pegi mall. nak cari baju katanya. lepas 'try and error' semua baju yang ada, tiba tiba ada satu suara tegur kami. ali : assalamualikum *sengih lebar (n__n) aku : waalaikumsalam. *s...

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan d...