ada seorang kawan. kenal rapat dari darjah 6. otak dia sangat bijak. semua kenal dia. semua suka dia. biasalah budak baru. rupa pun ada. pelajar cemerlang sekolah pulak tu. kami sekelas, rumah berjiran. memang selalu nampak muka dia tu. petang petang selalu datang rumah aku, kita main masak masak kan. eh ? bukan lah. kita main chess sama sama. dia suka sangat main chess. memang dia hebat. satu kelas kalah dengan dia. aku pernah checkmate ko dulu tak? ^^'
itu dulu, tapi sekarang lama tak jumpa dia. kita berpisah bila kita naik form1. dia pindah rumah masa tu. pindah dekat mana pun aku tak tahu. sebab waktu tu, aku kecil lagi. mana nak ingat benda benda rumit macam tu. rumit? tapi malam semalam, aku terserempak dengan dia. bayangkan, dah lebih lima tahun tak jumpa. waktu tu, aku teman mama pegi mall. nak cari baju katanya. lepas 'try and error' semua baju yang ada, tiba tiba ada satu suara tegur kami.
ali : assalamualikum *sengih lebar (n__n)
aku : waalaikumsalam. *senyum paksa ^^'
ali : intan, kau tak kenal aku dah ke ?
aku : ermmmm. siapa eh ? maaflah. daya ingatan aku low sikit *macam kenal.
ali : aku lahh, ali bin mohammad. kawan merangkap jiran kau dulu. waktu kita kecik dulu.
aku : errrrrrr.
ali : alaaaa. aku yang selalu kalahkan kau main chess tu. HAHAHAHA,
aku : ohh. ali yang pendek pendek yang bajet hebat main chess tu ke ? tinggi dah kau sekarang kan. patut aku tak kenal tadi. *berani dia perli aku =="
ali : itu dulu, sekarang kau yang pendek. tak tinggi pun aku tengok. *sengih lebar lagi.
(tiba tiba mama aku datang)
mama : eh. kawan shera ke ?
aku : ha'a. ni ali yang jiran sebelah rumah kita dulu. ingat tak ?
mama : ali ? ali anak makcik nora tu ke ?
ali : ye makcik. saya ali anak makcik nora. *sengih lagi.
mama : ya Allah, tak sangka jumpa kamu ali, dah besar panjang dah. mana mak kamu ? sekarang duduk mana ?
ali : ali datang dengan kawan la makcik, mak kat rumah. kami semua tinggal dekat silibin jeh.
mama : laaa. dekat je dengan rumah makcik. bukan haritu pindah kat kedah ke ?
ali : ye makcik. baru tahun lepas pindah ipoh . ayah tukar kerja kat sini balik.
mama : ohhh. sekarang belajar mana ? mak kamu sihat ?
ali : sekarang ali belajar dekat kolej ******. mak sihat je. okay lah makcik, kawan saya dah panggil tuu. *sambil lambai tangan kat kawan.
mama : okay. nanti kirim salam kat mak kamu yeh. suruh dia datang rumah. jaga diri tu. assalamualikum.
ali : waalaikumsalam. pergi dulu makcik. intan. nanti jumpa lagi.*sengih lagi. sambil lambai tangan.
aku : okay *sambil senyum. lambai tangan juga.
setelah selesai bayar baju mama tadi, kami pun keluar nak pergi ke kereta. lama dah abah tunggu. takpe, abah sporting kan. tiba tiba, aku ternampak sekumpulan anak muda sedang merokok di tepi jalan. siap bawak pasangan masing masing. apa nak jadi la kan. budak budak zaman sekarang, dan tiba tiba, aku nampak ali. dan memang itu ali. upset ? telling you, yes, i am. kecewa bila tengok kawan aku merokok, melepak tak tentu hala tepi jalan dengan kawan yang lagi menyesatkan. come on lah kawan, you have a very good brain. budak pandai. kau mesti tahu baik buruk merokok. kembalilah kepada dua pegangan agama kita, Al-Quran dan As-Sunnah, memang fatwa kebangsaan mengatakan yang rokok itu adalah haram. tapi ada sesetengah manusia cakap yang rokok itu makruh ? ya. memang rokok makruh, tapi ia akan dijatuhkan haram sekiranya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. lihatlah, apa kebaikan yang rokok beri pada kesihatan tubuh badan kita. hanya kemudaratan yang datang sekiranya merokok. dan bagi aku, rokok adalah haram. apa apa pun, aku hanya mampu berbicara dalam hati, tanpa menegur dia secara berdepan. siapalah aku ingin menegur dia. ==" aku hanya mampu berdoa semoga dia sentiasa diberi petunjuk oleh Allah. insyaAllah.
don't smoke ! not good for your health ! :)
persoalannya : kenapa kerajaan masih menjual rokok di negara kita ?
adakah kerana ia menyumbang kepada ekonomi negara ?
adakah kerana ia menyumbang kepada ekonomi negara ?
p/s : berubahlah.memang susah untuk berhenti merokok.tapi kita boleh jika kita berusaha kan ? ali bukan nama sebenar. intan bukan nama sebenar.
loves,
shera.
shera bukan nama sebenar :p
ReplyDeleteehh. lupa tulis. hikhikhik. :)
ReplyDeleteterbaik. tapi ini kejadian betul atau ingin bagi peringatan kepada perokok?
ReplyDelete; cerita betul. tapi ada tokok tambahnya. dan mahu beri peringatan kpd perokok juga, :) dont smoke okay ?
ReplyDeleteinsyaALLAH.
ReplyDeletesay NO to smoker, hihi :D
ReplyDeleteyes ! :)
ReplyDeleteintan bukan nma sebenar??hbs tu sapa intan??
ReplyDeleteHAHAHA, zati mungkin. ^^'
ReplyDelete