Skip to main content

Posts

To love and lose

To love and lose and still be kind I never thought I will fall in love with someone again. It’s so rare for me to feel attracted to someone. Yes, there are many good looking people, and I often agree they are attractive, but I never catch feelings. What really draws me in is something unique and genuine. When someone stands out for their authenticity and the way they strive for their dreams, that’s when I truly feel a spark.  When I do feel a connection, it’s a unique experience that doesn’t happen often. It’s a once-in-a-blue moon kind of thing, and when it happens, it feels truly special. Yes, I like you . I liked you long before I even realized it. But liking you doesn’t mean I want to be with you, and you shouldn’t feel bad if you don’t feel the same.  It’s not your responsibility to reciprocate my feelings. Let me feel and express my emotions honestly, and you handle yours in your own way.  After all, this will pass with time - or at least, I hope it will . 🦋 For my...

Little Angels

“Dummm dummm....dummm dummm” Aku terkejut lalu terus bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sambil menenyeh-nenyeh mata yang masih mengantuk aku pandang ke luar tingkap.  Guruh sambung menyambung, kilat sambar-menyambar. Hujan lebat di luar rumah, habis bertebangan particles-particles virus, debu, hama seakan-akan Tuhan ingin membersihkan planet Bumi. Terasa bergegar bangunan setiap kali guruh berdentum. Disebabkan  rumah sewa aku berada di tingkat 27, gegaran lebih terasa sampai ke jiwa. Haaa gituuu.  Badan terasa berat untuk bangun, aku membuka mata dan melihat sepasang mata yang bercahaya sedang memerhatiku dari hujung katil. Aku menjadi kaku. Nafasku semakin laju.  Sepasang mata yang bercahaya itu semakin dekat menghampiri ku. Aku memejam mata rapat-rapat dan berharap ini semua adalah mimpi. Belum pernah aku di ganggu sebegini. Adakah itu makhluk dari alam lain yang singgah ingin menjengukku? Ahhh sudahhh….. Selepas beberapa ketika, aku beranikan d...

Tiga pagi.

Di suatu pagi yang hening, di Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy di Planet Pluto,  “Tet tet teettttttt” terdengar 3 buzz menandakan ada pesakit yang akan datang ke zon merah. Untuk pengetahuan semua, di Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy, terdapat 3 zon. Zon Hijau (tidak kritikal), Zon Kuning (separa kritikal) dan Zon Merah (kritikal).  Kebiasaannya, pihak triager di bahagian paling hadapan jabatan kecemasan akan memberi “heads up” kepada doktor/MA/staff nurse yang bertugas di setiap zon untuk “get ready menerima pesakit” sebelum menghantar pesakit ke zon zon berkenaan.  Zon Kuning, 2 buzz! Zon Merah, 3 buzz! Tanpa butang buzz tak meriahlah jabatan kecemasan. Gitu.  Aku pada malam itu bertugas di Zon Merah bersama senior MO (Medical Officer) Dr Groot.  Aku sebagai junior MO berdebar debar menanti kedatangan pesakit tersebut. Aku pulak yang cemas. Biasalah, pesakit datang pelbagai complaints sakit sana sakit sini, so we as a fr...

Dia

“ Ya, takdir itu di hujung usaha manusia”  Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu.  Kita bertemu di suatu tempat yang sangat asing. Tiba2, kau datang menyapa aku dengan tersenyum “Assalamualaikum, Ira sihat?”  Aku masih confused dengan apa yang terjadi,  5 minit yang lalu aku masih di meja belajar dan sekarang dia di depan aku.  Ya, aku berdebar debar.  Ya, aku ingin berjumpa dia. Dan hari itu aku berjumpa dengannya selepas 9 tahun.  Aku membalas “Afiq buat apa dekat sini?”  Kekok pulak nak bersembang selepas 9 tahun tidak jumpa. Orang puteh cakap “awkward” haaa.  Afiq menjawab sambil tersengih “Oh, saya tengah tunggu orang ni, tiba2 ternampak awak dari jauh macam kenal, jadi saya pun tegurlah hahaha” “Oh awak sihat? Buat apa sekarang ni?” tanya ku pula. “ Saya sekarang jadi usahawan muda, eh muda ke?” gelak dia sendiri.  Dalam hati aku, dia tak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. “ Awak dah habis ...

Smile.

I always feel sadness deep in my conscience, because i feel sickness, suffering or death everyday. But even when I am sad, I will always give you a smile. And when you smile back, you give me therapy. Thank you for smiling.

Strange

Strange. It never moved past friendship, but I’m glad that it never did. We were always better off as platonic companions. We mixed together well, without adding romance to the pot. It’s ironic that the reasons we don’t talk as much anymore is because we decided not to take that plunge into the unknown. I miss your smile, your humor, your friendship. But I also understand that it’s okay to love someone from distance. “I respect your first priority. I understand your second commitment. Now can you reserve the number three for me?”

Pendosa.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” (Al Baqarah 2:222)  They said laughter is the best medicine, but sometimes tears can heal better. 

A short love story.

Cinta itu tidak boleh diungkap dengan istilah.  Hanya yang merasai akan memahami.  The end. 

Undo.

But I still don’t understand, why you left  and never come back. 

Jatuh cinta.

Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang seli sahutan ayam memecah kesunyian pagi yang masih suci. Auni bingkas bangun dari kamar beradu. Melangkah pantas, menadah tangan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya masakan ada yang sudi menekan nekan kekunci pada waktu pagi begini. "Intan nak ikut Auni pergi ward kejap lagi." Ringkas. Pesanan yang datang membawa senyuman. Dari seorang sahabat yang rapat. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir. Penuh bertenaga.  Teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di ward 6a iaitu ward kanak-kanak. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Auni pada ketika itu. Kedatangan Auni disambut dengan suara tangisan dan juga gelak tawa kanak-kanak yang berada di ward itu. Perasaan Auni bercampur baur. Sedih. Gembira. Jatuh cinta juga mungkin.  Masakan tidak bahagia dan g...

Semanis Gula

" A man plan his course, but Allah guide his step " - (Inspector Saahab, 2014) #NowPlaying   Kisah kau dan aku,  Bersusah payah meredah irama indah, Ku jatuh berkali-kali dan takku mengerti,  Perlukah aku berhenti ? Walau kau tiada lagi berjuang disisi, Jalanku takkan berubah, Takkan ku berundur,  Menangislah tapi jangan pernah mengalah. Nama aku, Haris. Hari ini, aku di dalam bilik berseorangan. Sahabat berduaku, Alif dan Arif masih belum pulang dari kampung halaman. Al maklumlah tak puas agaknya dengan cuti semester yang agak pendek. Selesai menunaikan solat dhuha, batang penyapu yang tidak berjenama terus dicapai dengan penuh tenaga dan penuh gaya untuk memulakan operasi opps sikap lapan sejajar dengan saranan pengetua kolej kediaman pertama Universiti Malaya. Himpunan debu-debu yang sudah sekian lama bermaharajalela dibeberapa kawasan yang dikenal pasti akhirnya berjaya dihapuskan. Kegiatan haram semut-semut yang mengangkut makana...

Hamba #Part1

Beberapa hari berada di rumah. Alhamdulillah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik tik tok tik tok. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh. Dan begitulah, begitulah masa berputar dan terus berputar. Umur pun semakin meningkat. Orang kata dah boleh jadi bapak orang Ehehhh. Jatuh tangga. Hi, nama aku Azri. Boleh panggil A je kalau malas sangat. Tapi kalau terlebih rajin boleh panggil Azri Si Hensem. Okay muntahhh T.T Aku ni takdelah hensem mana tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan Incik Aaron Ajizzzz tu. Kalau part agama ni, takdelah warak mana pun tapi masih boleh la dikategorikan sebagai yang beriman antara kawan kawan. Dulu, aku selalu solat bila nak habis waktu. Banyak kerjalah menjadi alasan aku solat lewat. Tapi itu dulu, sekarang bila dah besar dah mummayiz, tahu dosa pahala, aku solat awal waktu. Siap jadi imam lagi. Tak nak masuk api neraka. Aku dulu memang sup...

Mengemis Kasih #part2

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta. Lalu terheretlah aku di lorong gelisah, luka hati yang berdarah kini menjadi kian parah #NowPlaying "Assalamualaikum awak. Nama saya Rita, nama awak apa?" Aku menegur dia, seorang jiran di depan bilik. "Waalaikumussalam. Nama saya Nadia. Nadia Hana. Tapi awak boleh panggil Nadia je. Salam perkenalan." Nadia senyum sambil buat pipi gebu ! Yeay ! Aku dapat seorang kawan comel. Yeay ! Yeay ! Yeay ! Okay jangan overdose sangat eh Rita jangan eh. -------------------------------------- "Tsk.Tsk.Tsk.Tsk......" Aku menangis di tepi tasik. Menangis laju-laju. Dia mengharapkan seseorang untuk menenangkannya namun tiada siapa di situ. Terus dia menangis lagi. Hatinya tidak tenang, sayu saja petang itu. Orang yang berjogging berlalu pergi tanpa menghiraukannya. Ya, aku berada didalam duniaku sendiri ketika itu. Aku mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang tak pasti. ...

Mengemis Kasih #Part1

Dia, Yang lembut fitrahnya, sopan tutur kata, penuh rasa cinta untuk memberi dan merasa, namun manja dan cintanya bukan untuk semua, dalam dukanya tidak perlu ditunjuk pada siapa-siapa, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah. Aku menghembus nafas dalam-dalam sambil melihat ke luar tingkap. Entah kenapa, suasana pada pagi itu sangat lain. Bumi dibasahi hujan renyai-renyai seakan turut menangisi jiwaku. Aduhai hati, janganlah engkau berasa sedih, janganlah engkau berasa berat dengan segala masalah dunia, janganlah ! Furqan itu kukucup lalu hatiku bergetar dan terus berdenyut. Ketenangan dan penawar. Hikmah dan makna. Bukankah Al-Quran itu mukjizat teragung Nabi Muhammad dan wahyu dari Allah ? Lalu, sembuhlah duhai hati, penawar geringnya hatimu. Dengarlah aku ingin bercerita. Tapi, cerita aku bukanlah tentang gembira bagi yang tidak mengerti. --------------------------------- Oit, nama aku Rita. Haha, style kan. Bukan Rita Rudaini tapi Rita Surihani. K...

Move foward.

#NowPlaying - A moment like this "There comes a time, once in a while in your life, that you are given the chance to do something that you want. Some people wait a lifetime for the moment you have right now. Some are still waiting. So, I hope you make the best out of tomorrow and the days to come in shaa Allah" - so he said (Jan20, 2013) Learning and growing ain't easy. But I'm pretty sure that I will enjoy doing it. Dalam usaha menghadapi sesi pembelajar yang baru pada sem lepas, macam macam perkara berlaku, yang manis mahupun yang pahit. Yang manisnya apabila ukhuwah bersama sama rakan semakin erat, dan yang pahitnya apabila mendapat result yang sangatlah tidak masuk akal. Baru aku percaya, bahawa kehidupan ini sememangnya penuh dengan kejutan ! Tidak semestinya kita akan senang sepanjang masa, adakalanya kita akan susah. Atau ada sesetengah orang, akan berterusan susahnya. Kenapa ? Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Jangan mengeluh wahai diri. ...

She is far.

Diri ini bukan apa apa dan siapa siapa. Cuma insan kecil yang sentiasa melakukan kesalahan dan memohon ampun kepada penciptaNya. Insan yang dahulu lalai dan leka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Jika dikenang kembali pengalaman pahit masa lalu, sangat susah untuk ditempuh pada ketika itu. Allah memberi ujian yang tidak terduga, sehinggakan diri ini tidak mampu lagi berdiri menongkah arus kehidupan. Namun, alhamdulillah, Allah telah memberikan diri ini insan insan yang sangat membantu. Pelampung pelampung iman yang dilemparkan oleh sahabat telah membuatkan diri ini tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Terima kasih sahabat =') can I turn back the hands of time, friends ? Kau, kawan, sahabat dan teman - unic #np “  Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untuk...

Kisah Dahlia.

Dahlia, seorang gadis yang sederhana cantik, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk dan tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo itu. Hari ini merupakan hari pertama Dahlia masuk ke universiti. Semuanya terasa indah kerana apa yang diimpikan selama ini tercapai. Kos menjadi pilihan hatinya sejak kecil telah berjaya dimiliki. Dahlia telah mengembirakan hati kedua orang tuanya, semua orang bangga dengan kejayaan Dahlia, bak kata orang berjaya sampai ke menara gading gitewwwww. Hari pertama ke kuliah, terasa sangat asing bagi Dahlia. Kawan baru, pensyarah baru, rupa dan gaya yang baru. ya, Dahlia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, lebih lebih lagi dengan sifatnya yang agak pemalu menyebabkan agak sukar untuk Dahlia rapat dengan kawan kawan yang lain baik lelaki mahupun perempuan. Tidak seperti orang lain yang mempunyai teman rapat, mempunyai...

Le little fighter.

writing mood turn on. Assalamualaikum w.b.t blogger sekalian. blog dah berhabuk *tiup tiup* maaf lama tak update, sangat sibuk dengan belajar. dan exam. alhamdulillah, syukur sangat sangat dah habis exam.  tapi i'm still worried about my result. takut. saya tak hebat macam mereka semua :/ serius. rasa takut yang amat sangat. ya Allah :(  tapi, He said, " Do not fear - I am with you, All Hearing and All Seeing." SubhanaAllah.  Jangan takut wahai diri ini. Allah sentiasa bersama kita sebenarnya kan ?  samaada kita nak sedar atau tak nak sedar saja. kadang, belajar banyak mana pun. mesti terlupa balik. betul tak ? ilmu milik Allah, bila bila saja Allah boleh bagi dan ambik balik ilmu yang kita dah belajar tu. Jadi kita kena terus berdoa. Berdoa kepada pemilik ilmu. Allah. my sister said. If kamu dah berusaha yang terbaik untuk Allah, kamu takkan give up. Sebab Allah tengok pada usaha dan bukan pada hasil. Percaya pada Allah. ...

i pretend to be strong.

When I pretend to be strong, no want sees my hidden tears except Allah. Dan bersabarlah kamu jika kamu orang yang beriman, " Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.."   (Al Imran 3:200) Allah ada berfirman bahawa manusia memang diciptakan untuk bersusah payah. Tapi Allah tak kata macam tu je instead Allah bagi kita motivation word which is suruh kita 'bersabar' dan 'kuatkan kesabaran'. Manis kan Allah ? :) Sungguh bersabar itu ciri ciri orang beriman. Selamat berusaha menjadi orang yang sabar ! Untuk apa apa keadaan sekalipun ! (intanizureen, 2012) #thanks for the reminder angah, may Allah bless you always :')

Selamat Hari Lahir Mama.

♪♬   Dear Mama, Everytime I think of you, You make me smile. Whenever I feel down,    ♪♬ You know how to cheers me up. One things for sure, I can always count on you,  thank you mama for everything. ♪♬   Dear Mama, Your name, Was the first word I have ever spoken, You held my hand, Through the first steps I have taken, When I was not well,  You watched me through the night, That is why,   ♪♬ Paradise is under your feet.  Happy Birthday Mama !!! May Allah rewards you Jannatul Firdaus <3 Kami sayang mama ! :') cc: abah, along, abg long, angah, naz, shera. Loves, Shera