Skip to main content

Posts

Undo.

But I still don’t understand, why you left  and never come back. 

Jatuh cinta.

Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang seli sahutan ayam memecah kesunyian pagi yang masih suci. Auni bingkas bangun dari kamar beradu. Melangkah pantas, menadah tangan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya masakan ada yang sudi menekan nekan kekunci pada waktu pagi begini. "Intan nak ikut Auni pergi ward kejap lagi." Ringkas. Pesanan yang datang membawa senyuman. Dari seorang sahabat yang rapat. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir. Penuh bertenaga.  Teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di ward 6a iaitu ward kanak-kanak. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Auni pada ketika itu. Kedatangan Auni disambut dengan suara tangisan dan juga gelak tawa kanak-kanak yang berada di ward itu. Perasaan Auni bercampur baur. Sedih. Gembira. Jatuh cinta juga mungkin.  Masakan tidak bahagia dan g...

Semanis Gula

" A man plan his course, but Allah guide his step " - (Inspector Saahab, 2014) #NowPlaying   Kisah kau dan aku,  Bersusah payah meredah irama indah, Ku jatuh berkali-kali dan takku mengerti,  Perlukah aku berhenti ? Walau kau tiada lagi berjuang disisi, Jalanku takkan berubah, Takkan ku berundur,  Menangislah tapi jangan pernah mengalah. Nama aku, Haris. Hari ini, aku di dalam bilik berseorangan. Sahabat berduaku, Alif dan Arif masih belum pulang dari kampung halaman. Al maklumlah tak puas agaknya dengan cuti semester yang agak pendek. Selesai menunaikan solat dhuha, batang penyapu yang tidak berjenama terus dicapai dengan penuh tenaga dan penuh gaya untuk memulakan operasi opps sikap lapan sejajar dengan saranan pengetua kolej kediaman pertama Universiti Malaya. Himpunan debu-debu yang sudah sekian lama bermaharajalela dibeberapa kawasan yang dikenal pasti akhirnya berjaya dihapuskan. Kegiatan haram semut-semut yang mengangkut makana...

Hamba #Part1

Beberapa hari berada di rumah. Alhamdulillah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik tik tok tik tok. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh. Dan begitulah, begitulah masa berputar dan terus berputar. Umur pun semakin meningkat. Orang kata dah boleh jadi bapak orang Ehehhh. Jatuh tangga. Hi, nama aku Azri. Boleh panggil A je kalau malas sangat. Tapi kalau terlebih rajin boleh panggil Azri Si Hensem. Okay muntahhh T.T Aku ni takdelah hensem mana tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan Incik Aaron Ajizzzz tu. Kalau part agama ni, takdelah warak mana pun tapi masih boleh la dikategorikan sebagai yang beriman antara kawan kawan. Dulu, aku selalu solat bila nak habis waktu. Banyak kerjalah menjadi alasan aku solat lewat. Tapi itu dulu, sekarang bila dah besar dah mummayiz, tahu dosa pahala, aku solat awal waktu. Siap jadi imam lagi. Tak nak masuk api neraka. Aku dulu memang sup...

Mengemis Kasih #part2

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta. Lalu terheretlah aku di lorong gelisah, luka hati yang berdarah kini menjadi kian parah #NowPlaying "Assalamualaikum awak. Nama saya Rita, nama awak apa?" Aku menegur dia, seorang jiran di depan bilik. "Waalaikumussalam. Nama saya Nadia. Nadia Hana. Tapi awak boleh panggil Nadia je. Salam perkenalan." Nadia senyum sambil buat pipi gebu ! Yeay ! Aku dapat seorang kawan comel. Yeay ! Yeay ! Yeay ! Okay jangan overdose sangat eh Rita jangan eh. -------------------------------------- "Tsk.Tsk.Tsk.Tsk......" Aku menangis di tepi tasik. Menangis laju-laju. Dia mengharapkan seseorang untuk menenangkannya namun tiada siapa di situ. Terus dia menangis lagi. Hatinya tidak tenang, sayu saja petang itu. Orang yang berjogging berlalu pergi tanpa menghiraukannya. Ya, aku berada didalam duniaku sendiri ketika itu. Aku mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang tak pasti. ...