Di suatu pagi yang hening, di Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy di Planet Pluto, “Tet tet teettttttt” terdengar 3 buzz menandakan ada pesakit yang akan datang ke zon merah. Untuk pengetahuan semua, di Jabatan Kecemasan Hospital Galaxy, terdapat 3 zon. Zon Hijau (tidak kritikal), Zon Kuning (separa kritikal) dan Zon Merah (kritikal). Kebiasaannya, pihak triager di bahagian paling hadapan jabatan kecemasan akan memberi “heads up” kepada doktor/MA/staff nurse yang bertugas di setiap zon untuk “get ready menerima pesakit” sebelum menghantar pesakit ke zon zon berkenaan. Zon Kuning, 2 buzz! Zon Merah, 3 buzz! Tanpa butang buzz tak meriahlah jabatan kecemasan. Gitu. Aku pada malam itu bertugas di Zon Merah bersama senior MO (Medical Officer) Dr Groot. Aku sebagai junior MO berdebar debar menanti kedatangan pesakit tersebut. Aku pulak yang cemas. Biasalah, pesakit datang pelbagai complaints sakit sana sakit sini, so we as a frontliner need to figure