Dahlia, seorang gadis yang sederhana cantik, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk dan tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo itu. Hari ini merupakan hari pertama Dahlia masuk ke universiti. Semuanya terasa indah kerana apa yang diimpikan selama ini tercapai. Kos menjadi pilihan hatinya sejak kecil telah berjaya dimiliki. Dahlia telah mengembirakan hati kedua orang tuanya, semua orang bangga dengan kejayaan Dahlia, bak kata orang berjaya sampai ke menara gading gitewwwww. Hari pertama ke kuliah, terasa sangat asing bagi Dahlia. Kawan baru, pensyarah baru, rupa dan gaya yang baru. ya, Dahlia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, lebih lebih lagi dengan sifatnya yang agak pemalu menyebabkan agak sukar untuk Dahlia rapat dengan kawan kawan yang lain baik lelaki mahupun perempuan. Tidak seperti orang lain yang mempunyai teman rapat, mempunyai...